HomeIsu tempatan60 Pengawas Pusat Sumber Sekolah Mengikuti Kursus Kepemimpinan Di Labuan

60 Pengawas Pusat Sumber Sekolah Mengikuti Kursus Kepemimpinan Di Labuan

Read Time:1 Minute, 43 Second

LABUAN: Seramai 60 pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) menyertai Kursus Pembinaan dan Pemerkasaan Kepimpinan Pengawas PSS, peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, di sini, baru-baru ini.

Kursus berkenaan dianjurkan PSS Datin Seri Dato” Norsiah (DSDN) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rancha-Rancha dengan kerjasama Sektor Sumber Teknologi dan Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

Guru Perpustakaan dan Media SMK Rancha-Rancha, Sapri Idris, berkata kursus itu yang diadakan secara dalam talian menggunakan pelantar Google Meet, disasar untuk meningkatkan pengetahuan pelajar mengenai ciri-ciri kepemimpinan yang baik dalam sesebuah organisasi.

Katanya, kekangan pergerakan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19 tidak menghalang penganjuran kursus seumpama itu walaupun hanya secara maya.

“Kita memberi peluang kepada pelajar yang dilantik sebagai pengawas PSS untuk menyertai kursus ini supaya mereka dapat bertukar pengetahuan dan menimba ilmu baharu, selain menunjukkan bakat kepemimpinan masing-masing dalam pengurusan sesuatu program atau organisasi.

“Hasilnya memang boleh dibanggakan kerana ternyata pelajar yang menyertai kursus ini, termasuk mereka yang menjadi penceramah dan moderator berjaya melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang walaupun tidak dinafikan ada sedikit penambahbaikan perlu dilakukan dalam program seterusnya nanti,” katanya.

Dua pelajar SMK Rancha-Rancha, iaitu Ketua Pengawas PSS DSDN, Muhammad Zainal Ariffin Zainuddin dan Muhd Diniy Kamil masing-masing menjadi penceramah dan moderator kursus berkenaan.

Sapri berkata, antara pengisian kursus itu adalah perbincangan mengenai ciri-ciri kepemimpinan pengawas PSS dan tugas mereka dalam menguatkuasakan peraturan sekolah, khususnya yang membabitkan pusat sumber.

Selain itu, katanya perbincangan turut menjurus kepada soal kepentingan akhlak yang baik sebagai seorang pengawas PSS yang dianggap pemimpin kecil di sekolah agar menjadi contoh atau tauladan kepada pelajar lain.

“Ketika kursus itu, penceramah juga menyentuh mengenai perlunya guru pembimbing memiliki kemahiran untuk memimpin pelajar agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan menepati sasaran atau objektif,” katanya.

Sementara itu, katanya SMK Rancha-Rancha merancang pelbagai program berimpak tinggi membabitkan pengawas PSS dan pelajar keseluruhannya ke arah meningkatkan pencapaian pelajar dan sekolah.

Program itu, katanya termasuk mewujudkan Anugerah PSS SMK Rancha-Rancha, memberi penghargaan kepada pengawas, pelajar, guru dan komuniti yang terbabit dalam program PSS serta sekolah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya