HomeIsu tempatanSESB Ambil Tindakan Tegas Terhadap Sebuah Syarikat Pembinaan Projek

SESB Ambil Tindakan Tegas Terhadap Sebuah Syarikat Pembinaan Projek

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah syarikat pembinaan projek yang cuai membuat kerja-kerja pengorekan di Jalan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengakibatkan berlaku gangguan bekalan elektrik.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir Idris Mohd Noor berkata, kecuaian syarikat berkenaan bukan sahaja menimbulkan kerumitan kepada pengguna malah menyebabkan kerugian tinggi kepada SESB selain menjejaskan imej syarikat.

“Kita tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas syarikat berkenaan dimana kes terbaru berlaku lagi pada Khamis lalu di Jalan UMS berhadapan Alam Mesra.

“Meskipun usaha bagi mengelak perkara berkenaan dari berlaku kembali termasuk bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), insiden ini tetap berulang dan pihak SESB dalam proses akhir untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap syarikat berkenaan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Insiden terkini telah berlaku pada 1 Julai lalu kira-kira jam 11.42 pagi dan pasukan SESB yang tiba di tempat kejadian segera melaksanakan kerja-kerja mengesan kerosakan kabel dan berjaya memulihkan bekalan semula pada jam 1.00 petang.

Idris berkata, kejadian itu telah menjejaskan aktiviti harian lebih 1,000 pengguna berhampiran menyebabkan gangguan bekalan di kawasan Taman Putera Jaya, Pekan  Menggatal, Jalan Sulaman serta kawasan sekitar yang berdekatan.

“SESB memohon supaya pihak kontraktor dan orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti pengorekan di bahu jalan kepada SESB agar aktiviti pengesanan kabel dapat dilakukan sebelum kerja-kerja pengorekan dibuat.

“Perkara ini dapat menjamin keselamatan dan sekaligus mengelakkan insiden gangguan  bekalan elektrik yang berpanjangan dan sebanyak 78 kes korekan yang dilakukan oleh syarikat berkenaan selain telah dimajukan untuk tindakan undang-undang oleh SESB,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap tindakan undang-undang dapat dipercepatkan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

28 Hafiz, Hafizah sertai kategori hafazan pada MTHQNS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya