Kerajaan Galak Penglibatan Syarikat Swasta Laksana CSR Bantu Golongan Sasar

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan pelbagai pihak termasuk syarikat swasta dalam menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ini termasuklah menyalurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan yang sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan risiko kesihatan.

“Pagi tadi saya menyaksikan penyerahan sumbangan daripada sebuah syarikat swasta iaitu Kim Teck Cheong Consolidated Berhad yang menyumbang sebanyak 5,000 bun kepada petugas di Penjara Kepayan.

“Syarikat ini juga merupakan ‘smart partnership’ Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) yang banyak membantu memberi sumbangan kepada golongan sasar,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu, Pengarah Eksekutif KTC Consolidated Berhad, Dexter Lau.

Selain sumbangan roti bun, sumbangan sebanyak 150 kotak air mineral dan 35 kotak mi segera daripada seorang usahawan tempatan Datuk Ranmah Jan Sulaiman Khan turut diserahkan kepada Penjara Kepayan.

Jahid berkata, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak agar dapat bersama  meringankan beban golongan sasar termasuk memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan yang berdepan pelbagai cabaran.

“Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan penghargaan kepada pihak KTC kerana mengambil peranan besar ini khususnya dalam melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR),”katanya.

Dalam pada itu, Jahid turut meminta agar semua masyarakat khususnya di Sabah untuk bersama menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang berjalan di Sabah.

“Bagi yang belum mendaftar, segeralah mendaftar dan jangan takut untuk menerima vaksin kerana ia adalah selamat digunakan,”katanya

One thought on “Kerajaan Galak Penglibatan Syarikat Swasta Laksana CSR Bantu Golongan Sasar

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *