HomeUtamaKKM Hantar Peralatan Perubatan Tambahan Ke Sabah Esok

KKM Hantar Peralatan Perubatan Tambahan Ke Sabah Esok

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mula menghantar peralatan perubatan tambahan ke negeri ini bagi menghadapi trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah.

Menteri Kesihatan Khairy Jamalluddin berkata, penghantaran yang akan bermula esok akan dilaksanakan segera melalui bantuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Antara barangan peralatan perubatan yang akan dihantar termasuklah 480 unit silinder oksigen; 24 buah kotak Oxygen Regulator dan lima buah kotak ubat-ubatan COVID-19.  Kesemua ini dijangka akan tiba pada 7 September iaitu esok.

“Bagi menghadapi trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah, tindakan intervensi yang lebih holistik dan tuntas mesti dilaksanakan. Ini termasuklah kesiapsiagaan dari segi kemudahan, bantuan peralatan dan sumber manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Mesyuarat CITF Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu disini hari ini.

Khairy berkata, dalam menangani pandemik COVID-19, kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan penyampaian perkidmatan kesihatan melalui beberapa inisiatif.

Katanya, antara inisiatif itu termasuk menggunakan teknologi digital dalam pengurusan respons pandemik COVID-19 selain mempertingkatkan kapasiti makmal bagi ujian pengesanan COVID-19.

“Selain itu, kerajaan juga turut meningkatkan kapasiti kesihatan awam dan fasiliti perawatan secara berterusan dan mempergiat vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memastikan proses peralihan ke fasa endemik adalah selamat dan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, dua strategi utama dalam menangani pandemik COVID-19 ialah dengan melaksanakan strategi kesihatan awam dan memebrikan vaksin kepada sebanyak mungkin populasi di Malaysia.

Katanya, antara strategi itu ialah strategi kesihatan awam yang akan memutuskan rantaian transmisi, mengurangkan morbiditi dan kematian serta memperkukuhkan diagnostik dan survelan.

“Selain itu, strategi vaksinasi dimana ingin saya tekankan juga di sini bahawa strategi kerajaan adalah memberikan vaksinasi kepada seramai mungkin penduduk di Malaysia bagi memastikan peralihan ke fasa endemik dapat dijalankan dengan lancar dan selamat.

“Lebih ramai yang divaksinasi, lebih ramai yang terlindung, lebih kurang tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan negara dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka dengan selamat,” katanya.

Sementara itu, Khairy menambah, sehingga 2 September lalu, sebanyak 27 buah Hospital COVID di Sabah dengan kapasiti 151 katil ICU COVID-19 dan 1,743 katil bukan ICU dan   31 PKRC Awam dan 4 PKRC Tahanan dengan kapasiti 7,143 katil.

RELATED ARTICLES
Utama

Nahas Helikopter TLDM : DUN Sabah bertafakur seminit

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya