Kim Swee Beri Kelainan Kepada Sabah FC Menjelang Piala Malaysia 2021

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU : Pengendali baharu Sabah FC Datuk Ong Kim Swee akan memberi kelainan khususnya dalam corak permainan dan persembahan pasukan itu menjelang saingan Piala Malaysia 2021.

Beliau berkata, skuad badak itu mampu bangkit dan menjadi antara pasukan disegani dalam aksi Liga Super musim depan.

“Ini adalah satu tugas yang berat bagi memulihkan pasukan Sabah FC namun kita tidak meletakkan sasaran tapi saya berjanji akan ada kelainan selepas ini.

“Kita juga mahu menjadikan Sabah FC lebih baik dalam Liga Super tahun depan selain menjadi sebuah pasukan yang disegani dan mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menandatangani kontrak Ketua Jurulatih Sabah FC dalam satu majlis yang disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Bung Moktar Radin di sini, semalam.

Kim Swee menerima tanggungjawab sebagai Ketua Jurulatih Sabah FC selepas keputusan pengurusan pasukan itu sebelum ini merehatkan Ketua Jurulatih dari Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto ekoran prestasi pasukan yang tidak memberangsangkan.

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, beliau juga akan turut memberi tumpuan kepada pembangunan bakat baharu bola sepak dalam kalangan remaja dari seluruh Sabah.

Mengenai aksi Piala Malaysia 2021, beliau yakin Sabah FC mampu melangkah ke pusingan seterusnya jika mampu mencapai kemenangan dalam dua perlawanan peringkat kumpulan pada minggu depan.

“Saya yakin semangat perlawanan yang tinggi pemain Sabah FC mampu mencapai sasaran yang ditetapkan menerusi strategi permainan yang dirancang.,” katanya.

2 thoughts on “Kim Swee Beri Kelainan Kepada Sabah FC Menjelang Piala Malaysia 2021

  1. Peluang utk bakat² yg ada d negeri d bwah bayu kini kerana jurulatih Ong Kim Swee sign kontrak utk sabah ramai pemain² dri kwsan pedalaman yg kurang menonjol mgkn ini lah masanya utk d beri peluang/keluarkan dri kelompok pemain kampung dgn ada nya didikan dri jurulatih yg penuh pgalaman semoga team badak d geruni d masa hdpn semoga Sabah maju jaya.

    1. Untuk mencari bakat² yang baharu,sabah [email protected] pengendalian sabah fc.perlu membuat pencarian bakat² yang baharu dari kawasan² pedalaman untuk dicungkil dan ditampil kan untuk pasukan sabah fc.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.