HomeUtamaPICK : Penduduk Kg Numbak Dipelawa Hadir Dapatkan Suntikan Vaksin

PICK : Penduduk Kg Numbak Dipelawa Hadir Dapatkan Suntikan Vaksin

Read Time:35 Second

KOTA KINABALU : Penduduk Kampung Numbak dan berhampiran yang belum menerima vaksin COVID-19 dipelawa untuk hadir mendapatkan suntikan vaksin yang dilaksanakan di kawasan lapang di hadapan kampung berkenaan.

Menerusi maklumat yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), program jangkauan luar vaksinasi COVID-19 itu dilaksanakan bermula jam 9 pagi hingga 4 petang hari ini sehingga esok.

Program yang dilaksanakan secara ‘walk-in’ itu terbuka kepada penduduk warganegara dan bukan warganegara berusia 18 tahun dan keatas yang tiada janji temu melalui MySejahtera.

Penduduk yang hadir juga bukan kontak rapat kes positif COVID-19 dan bukan kes aktif COVID-19.

Selain itu, penduduk yang hadir juga bukan berada dalam kuarantin dan bukan sedang menunggu keputusan ujian calitan COVID-19.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

1 COMMENT

  1. Saya telah menerima vaksin cansino di kg numbak di rumah saya dan ketika itu saya tidak memiliki telefon bimbit kerana telefon saya di perbaiki sekarang saya memiliki telefon dan my sejahtera tetapi my sejahtera saya belum ada sijil vaksin. Boleh kah saya mendapatkan vaksin kembali supaya my sejahtera saya mempunyai sijil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya