HomeUtamaJANS Laksana Catuan Berjadual, Permintaan Bekalan Air Melebihi Jumlah Pengeluaran Air Terawat

JANS Laksana Catuan Berjadual, Permintaan Bekalan Air Melebihi Jumlah Pengeluaran Air Terawat

Read Time:3 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) telah melaksanakan catuan berjadual kepada pengguna di beberapa kawasan utara Kota Kinabalu bagi memberi laluan bekalan air kepada penduduk terjejas.

Setiausaha Perhubungan Awam Kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Alfian Sambas berkata, ia berikutan permintaan bekalan air semasa di kawasan Kota Kinabalu melebihi 30 peratus daripada jumlah pengeluaran air terawat yang dibekalkan kepada pengguna.

Katanya, disebabkan pengeluaran dari LRA tersebut tidak dapat menampung permintaan semasa, catuan bekalan air terpaksa dilaksanakan disamping penghantaran air melalui tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas teruk.

“Jumlah pengeluaran agihan bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 1 dan 2 ialah 164 JLH namun kekurangan sebanyak 49 JLH (30%) memberikan kesan yang besar kepada pengguna bekalan air di kawasan tersebut.

“Walaupun pengeluaran air semasa LRA Telibong 1 dan 2 telah melebihi rekabentuk kapasiti asal 144 JLH kepada 164 JLH, tetapi pengeluaran bekalan air masih tidak dapat menampung permintaan penguna sejak dari tahun 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai Datuk Yaakub Khan berhubung gangguan bekalan air yang berlarutan di beberapa kawasan Sepanggar sejak beberapa bulan lalu.

Alfian berkata, ekoran dari itu, tindakan penyelesaian serta merta JANS telah menyediakan dua  buah lori tangki air Jabatan yang berkapasiti 13,000 liter dan khidmat lori tangki swasta sebanyak 5.3 Juta liter.

Katanya, lori berkenaan akan mengagihkan bekalan air kepada para pengguna di kawasan kritikal seperti klinik, sekolah, dan tangki statik yang telah disediakan oleh pihak pengurusan perumahan.

“Selain itu, JANS turut melaksanakan beberapa tindakan penyelesaian jangka pendek bagi memastikan bekalan air di beberapa kawasan di utara Kota Kinabalu sentiasa mencukupi.

“Antaranya cadangan pembinaan UWSS LRA Telibong 1, Tamparuli oleh JETAMA Sdn Bhd Sebanyak 5 JLH dimana mereka telah melantik kontraktor pelaksana dan projek ini dijangka siap September 2022,” katanya.

Katanya, selain itu tindakan lain JANS juga meliputi cadangan pembinaan Urgent Water Supply Scheme (UWSS) LRA Telibong II, Tamparuli sebanyak 10 JLH dan projek ini dijangka dapat dilaksanakan pada bulan September 2022 ini seperti yang dirancang.

Tambahnya, JANS di masa yang sama sedang menyelaraskan permohonan-permohonan pihak-pihak swasta yang berpotensi dan berpengalaman dalam pengeluaran air terawat.

Dalam pada itu, Alfian berkata, masalah kekurangan bekalan air ini juga bertambah teruk dengan adanya aktiviti penyambungan haram yang berleluas di beberapa kawasan setinggan.

Katanya, antara kawasan yang sering membuat sambungan haram termasuklah di Kampung Tebobon Baru, Kampung Delima, Kampung Brunei, Kampung Sepakat Baru, Kampung Suang Parai, Kampung Pulau Penampang, Kampung Lokub, Kampung Gentisan, Kampung Numbak dan kawasan sekitar Sepanggar, yang di ramalkan lebih dari 6 JLH.

“Justeru itu, JANS turut melaksanakan pengawalan aktiviti penyambungan haram dan kecurian air bersepadu bersama agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK); Jabatan Tanah Ukur (JTU); Polis; Jabatan Imigresen Malaysia (JIM); Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Rela selain pemimpin setempat.

“Pihak jabatan khususnya turut mempergiat usaha dan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyambungan haram dan kecurian aset JANS,” katanya.

Sementara itu, Alfian berkata, hujan lebat di beberapa kawasan di pantai barat Sabah turut menjejaskan agihan bekalan air di kawasan liputan LRA Telibong 1 dan 2.

Katanya, antara kawasan terjejas Universiti Utara Condominium, Universiti Condominium Apartment 2, Biz Hub/Grand Merdeka Mall di Bandar Seirra, Putera Perdana Telipok, Putera Jaya, Tobobon Bukit, Kampung Rakyat Baru. (Tobobon) dan Kampung Kaliangau (Manggatal).

“Turut terjejas agihan air di Pusat Tahanan sementara, Kampung Dato, Kampung Muhibbah, Taman Wangsa Maju, Taman Putera Mas, Bakti Iklas perumahan dan Bukit Sepanggar/Indah Permai.

Manakala di Kampung Malawa, Taman Malawa Jaya, Perumahan Jaya Diri, Perumahan Bukit Setia, Perumahan Seri Gayang dan sebahagian KKIP Selatan turut mengalami gangguan agihan air.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

2 COMMENTS

  1. 😢😢 tahukah anda, wanita original mengalami proses perubahan hormon setiap bulan yang menyebabkan satu fenomena kedatangan haid. Apabila proses itu berlaku dan ngam ngam tiada air.. itu menyebabkan tekanan fizikan dan mental dan akan mengundang pelbagai masalah kebersihan kendiri dan mengundang para syaitan syaitan bak kata pakar pakar paranormal..
    Ketiadaan air kau boleh kata, “stock air sentiasa untuk kegunaan kecemasan” tetapi bila bilangan manusia yang menggunakan air dan tinggal di rumah itu lebih daripada kapasiti bekalan disebabkan ruangan mahligai sangat terhad… kau fikir?! Sehinggakan ruang legar rumah dipenuhi bekas bekas air sahaja. Sangat meloyakan pandangan. Boleh meroyan kita bossku.. belum tambah lagi perihal budak comel yang kecil perlu dibersihkan.. 😩 jadi..

    Kesimpulan dari karangan ini, para ilmuwan sekalian.. tolong fikirkan cara untuk mencari penyelesaian sementara menunggu perancangan jangka panjang itu.
    Sekian .. i love u!!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya