HomeUtamaCOVID-19 : Sabah Catat Kes Sembuh Paling Tinggi Sebanyak 5,668 Orang

COVID-19 : Sabah Catat Kes Sembuh Paling Tinggi Sebanyak 5,668 Orang

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan jumlah pesakit COVID-19 yang pulih sepenuhnya paling tinggi berbanding kes baharu iaitu sebanyak 5,668 orang selain merekodkan 54 kes kematian di negeri ini hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagi jumlah kes positif COVID-19 di Sabah hari ini mencatatkan penurunan sebanyak 40 kes namun masih melepasi angka 2,000 kes iaitu sebanyak 2,067 kes.

“Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan sebanyak 65 kes setelah mencatatkan penurunan semalam, tetapi kes di kawasan perbandaran lain seperti Sandakan, Penampang dan Keningau mencatatkan penurunan kecuali Tuaran dan Kudat.

“Daerah lain juga mencatat penurunan kes kecuali Kota Belud bertambah 32 kes, Kinabatangan bertambah 20 kes, Tongod (+57) kes, Pitas (+15) kes, Beluran (+6) kes, Kunak (+3) kes, Semporna (+1) kes dan Kuala Penyu (+4) kes,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, daripada 2,067 kes hari ini, sebanyak 34.93 peratus  atau 722 kes adalah lewat daftar antara dua  hingga tiga hari selepas tarikh keluar keputusan,

Katanya, 4.55 peratus atau 94 kes adalah lewat daftar antara empat  hingga lima hari dan 5.85 peratus  atau 121 kes adalah lewat daftar melebihi lima hari.

“Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,086 kes atau 52.40 peratus daripada 2,067 kes hari ini, 646 kes atau 31.3 peratus daripada Saringan Bergejala iaitu peratusan yang rendah berbanding semalam dan 152 kes atau 7.5 peratus daripada Saringan Kluster,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya