COVID-19: Dua Lokaliti Dikenakan PKPD di Sabah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 10 September 2021 hingga 23 September 2021 di dua lokaliti di Putatan melibatkan Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, terdapat dua lokaliti dilanjutkan PKPD 14 hari berkuat kuasa 10 September 2021 hingga 23 September 2021 iaitu Kampung Lohan Ulu, Ranau dan Kampung Pengalat Kecil, Papar yang sepatutnya ditamatkan esok (9 September 2021).

Menurut Masidi, pelanjutan PKPD di dua lokaliti tersebut berdasarkan analisa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta penularan jangkitan COVID-19.

Manakala lokaliti-lokaliti yang ditamatkan PKPD pada 9 September 2021 seperti yang dijadualkan melibatkan dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dan PPR Taman Sri Apas Batu 8, Kampung Libang, Ranau, tiga lokaliti di Telupid iaitu Kampung Gading, Kampung Ulu Sapi dan Ladang Melia, dua lokaliti di Penampang iaitu Beverly Hills Fasa 5 dan Kampung Nambazan, Rancangan Batu 22 Apas, Tawau serta Kampung Landung Ayang, Kudat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *