HomeIsu tempatan50 beg darah berjaya dikutip menerusi kerjasama dua NGO

50 beg darah berjaya dikutip menerusi kerjasama dua NGO

Read Time:1 Minute, 18 Second

Beaufort : Sebanyak 50 beg darah berjaya dikutip pada Kempen Derma Darah Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batandok di sini semalam.

Program yang diadakan di perkarangan Masjid Al Aman Kampung Batandok itu dianjurkan bersama KRT Kampung Batandok dan Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Wei Khor Beaufort dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Beaufort. 

Pengerusi KRT Kampung Batandok Rosmawi Kimlin berkata, program derma darah merupakan program yang sering diadakan dan ia merupakan program kali ketiga dilaksanakan sejak 2020. 

“Selain dari aktiviti lain yang diadakan oleh KRT Batandok, program derma darah selalunya mendapat respon yang baik dari kalangan masyarakat setempat, ditambah pula dengan kerjasama dengan badan bukan kerajaan.

Pengerusi KRT Kampung Batandok Rosmawi Kimlin

“Kali ini kita menganjurkan kempen bersama Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Wei Khor Beaufort yang menaja ole-ole untuk para penderma darah, tentu sekali menarik minat para penderma darah,” katanya.

Pada program kali ini, Hospital Beaufort turut membuka kaunter saringan paras gula dalam darah dan program Klinik Berhenti Merokok oleh Unit Promosi Kesihatan Hospital Beaufort.  

“Semoga usaha ini mampu membantu menambah bekalan darah Hospital Beaufort bagi bulan ini terutama bagi membantu pesakit-pesakit Thalassemia yang sedang menerima rawatan di hospital,” katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Biro Kebajikan Pertubuhan Pendidikan Akhlak Che Wei Khor Beaufort, Chiam Thard Iuanny berkata, ini merupakan kolaborasi kali kedua badan bukan kerajaan tersebut bersama KRT Kampung Batandok yang mana sebelum ini kutipan adalah sebanyak 38 beg darah pada bulan September 2020. 

Turut hadir Pegawai Perubatan merangkap Ketua Pasukan Perolehan Darah Tabung Darah Hospital, Dr Norilmi Juzuli dan para permimpin komuniti setempat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PPK Wanita USIA bakal jadi ‘Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular