HomeIsu tempatanHayati nilai sebuah kemerdekaan - Ellron

Hayati nilai sebuah kemerdekaan – Ellron

Read Time:1 Minute, 24 Second

Keningau : Masyarakat khususnya di negeri ini diseru untuk terus bersama menghayati nilai sebuah kemerdekaan.

Menteri Belia Dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, memperbaiki diri dan berusaha meningkatkan tahap hidup di bandar mahupun di luar bandar  juga adalah suatu bentuk kemerdekaan.

“Saya juga ingin mengingatkan masyarakat di negeri agar terus mengibarkan Jalur Gemilang dan mengenalinya bagi mengelakkan kesilapan etika dalam pengibaran bendera itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program Semarak Gemilang Dan Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Negeri Sabah 2023 Peringkat Daerah Kecil Sook.

Program kolaborasi Jabatan Penerangan (JaPen), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM) tersebut berlangsung seawal jam 8 pagi sehingga 10 malam dimeriahkan dengan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, nyanyian lagu patriotik dan Dekorasi Kek Merdeka.

Pada sebelah malam pula, persembahan artis Pentarama JaPen menutup tirai program yang diadakan di Dewan Datuk Ellron Angin Kampung Biah selepas penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil Komuniti Madani dari sekitar daerah kecil Sook.

Sementara itu di Tenom, Penolong Pegawai Daerah Kanan (Pentadbiran) Tenom, Yuesri Ismail Yusof berkata, sifat sayangkan Jalur Gemilang mampu menambahkan rasa cinta kepada negara.

“Saya menyeru kepada masyarakat agar bersama menyayangi dan menghormati Jalur Gemilang, kita tanamkan sifat sayang kepada bendera kebangsaan ini bermula dari rumah dan jangan berkira untuk menukarkan yang telah lusuh dengan yang baru,” katanya selepas merasmikan KJMG peringkat daerah di Dewan Sri Antanom.

Beliau turut menyaksikan penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil jabatan dan agensi kerajaan negeri serta pusat yang disempurnakan oleh Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor.

Hadir sama dalam perhentian ke 19 daripada 66 lokasi KMJG tersebut ialah Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Christina Gimbad.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular