HomeSukanGol minit akhir selamatkan maruah Sabah FC

Gol minit akhir selamatkan maruah Sabah FC

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Gol minit akhir pemain import Sabah FC, Gabriel Peres berjaya membantu skuad sang Badak mencatat kemenangan di laman sendiri apabila berjaya menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 3-2 pada aksi Liga Super di Stadium Likas di sini malam ini.

Kemenangan itu juga berjaya mengubati rekod tanpa kalah Sabah FC dilaman sendiri apabila dileburkan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC 1-5 pada 9 Ogos lalu.

Sabah FC yang bermula garang sebaik babak pertama dimulakan telah melakukan beberapa percubaan ke gawang pasukan pelawat namun KL City FC juga saling berbalas serangan bagi mendapatkan gol awal.

Penyerag tuan rumah Darren Lok hampir menjaringkan gol pertama Sabah FC namun penjaga gol KL City FC Kevin Mendoza berjaya menidakkan sepakan Darren yang sebelum itu menerima bola hantaran Stuart Wilkin pada minit ke-28.

Sabah FC sekali lagi hampir memperoleh gol pertama menerusi percubaan Jafri Chew pada minit ke-35 selepas menerima bola hantaran Ramon Marcado namun percubaan Jafri berjaya ditolak pertahanan pasukan pelawat.

Meskipun banyak percubaan dilakukan kedua-dua pasukan namun kedudukan seri 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua bermula, Sabah FC berjaya mendahului aksi perlawanan menerusi jaringan Stuart Wilkin pada minit ke-51 selepas menerima bola hantaran Telmo Castanheira menjadikan Sabah mendahului 1-0.

Penyokong tuan rumah yang hadir lebih 6,500 orang dikejutkan dengan gol penyamaan KL City FC pada minit ke-60 menerusi tandukan Romel Morales yang sebelum itu menerima bola hantaran Declan Lambert.

Sebelas minit berselang, KL City FC sekali lagi berjaya menambah gol kedua menerusi jaringan Haqimi Azim Rosli pada minit ke-71 menjadikan pasukan pelawat mendahului 1-2.

Tersentak dengan gol itu, Sabah FC terus mengasak ke gawang pasukan pelawat dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan Park Taesu pada minit ke-79 selepas bola itu tertampan masuk ke gawang KL City FC.

Asakan tuan rumah terus membuahkan hasil apabila berjaya menambah gol ketiga menerusi tolakan masuk bola sepakan Gabriel Peres pada minit ke-89 yang sebelum itu menerima bola hantaran Rizal Ghazali.

Kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan menjadikan Sabah FC naik ketangga keempat dengan mengutip 39 mata.

Sabah FC akan meneruskan saingan Liga Super bertemu Negeri Sembilan di laman sendiri pada 26 Ogos ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular