HomeIsu tempatanPPP UMS adakan lawatan industri di NIOSH, Kuala Lumpur

PPP UMS adakan lawatan industri di NIOSH, Kuala Lumpur

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), mengadakan  lawatan industri di National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH) Bangi dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengarah PPP, Prof. Dr. Jumat Sulaiman berkata, program itu antara lain bertujuan untuk menjalin kolaborasi bersama pihak industri, swasta dan Government Linked Invesment Companies (GLIC), sama ada dari dalam atau luar negara.

“Kolaborasi yang dimaksudkan adalah dari segi kepakaran, peralatan serta peluang sebagai rakan strategik UMS khususnya dalam bidang penyelidikan.  Perjumpaan bersama NIOSH antara lain membincangkan berkaitan kepakaran, serta peralatan makmal bagi tujuan latihan.

“Ini bersesuaian dengan Unit Penyelidikan Kesihatan melalui Senaman dan Hidup Aktif (HEAL) iaitu kemudahan penyelidikan terulung di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Bahagian Perundingan, Penyelidikan dan Pembangunan NIOSH, Haji Khairunnizam Mustapa berkata, kolaborasi antara NIOSH dan UMS memberikan impak serta kebaikan kedua-dua belah pihak.

“Hasil perjumpaan ini, pihak NIOSH akan berkunjung ke UMS pada 17 Ogos 2023 untuk memberikan taklimat berkaitan geran penyelidikan di bawah NIOSH,” katanya.

Sementara itu, Presiden Bahagian Pendidikan PNB, Zamani Abdullah menyatakan bahawa geran penyelidikan yang ditawarkan PNB sentiasa terbuka kepada semua universiti yang memenuhi kriteria termasuk produk yang dihasilkan adalah berkualiti untuk dikomersialkan. –  SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular