HomeIsu tempatanTindakan berat menanti pemburu haram

Tindakan berat menanti pemburu haram

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Tindakan berat akan dikenakan kepada pemburu haram dalam usaha bagi memelihara haiwan khususnya dalam kategori yang dilindungi sepenuhnya.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata, untuk kategori berkenaan, masyarakat juga dilarang sama sekali untuk menangkap bagi tujuan memelihara.

“Oleh itu, kerajaan memuji usaha Bask Bear Coffee yang melancarkan kempen baharu untuk mengambil beruang madu kedua sebagai haiwan angkat.

“Kempen ini menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai dengan mengimbas kod DuitNow di cawangan Bask Bear Coffee yang terdapat di seluruh Sabah, seterusnya memberikan sumbangan secara terus kepada Pusat Pemuliharaan Beruang Madu Borneo (BSBCC) di Sandakan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Bask Bear Coffee Cawangan Aeropod di sini, baru-baru ini.

Joniston berkata, usaha melindungi haiwan dalam kategori dilindungi sepenuhnya mampu melonjakkan nama Sabah di peringkat antarabangsa, sekali gus menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri akan meneruskan pelan tindakan seterusnya bagi melindungi haiwan-haiwan terancam di Sabah.

Joniston berkata, jumlah populasi beruang madu liar dianggarkan sebanyak 2,500 dan BSBCC melindungi 42 beruang madu, yang mana kebanyakan telah diselamatkan oleh pihak penguatkuasa Jabatan Hidupan Liar Sabah daripada pemburu haram atau pemilik haiwan peliharaan yang tidak berdaftar.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Roland O. Niun.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular