HomePolitikDAP konsisten teguh pertahan kestabilan politik, bangunkan ekonomi Sabah - Phoong

DAP konsisten teguh pertahan kestabilan politik, bangunkan ekonomi Sabah – Phoong

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah konsisten teguh mempertahankan kestabilan politik untuk membangunkan ekonomi Sabah pasca pandemik.

Setiausaha DAP Sabah Phoong Jin Zhe berkata, ramai yang bertanya kepada beliau mengenai kenyataan media Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee hari ini berkenaan dengan cadangan SAPP agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertanding di kesemua 73 kerusi DUN Negeri Sabah.

“Saya berpendapat kenyataan ini tidak relevan dan mencerminkan pendirian GRS secara keseluruhan.

“Terang lagi bersuluh, SAPP cuma mewujudkan ketegangan dan ketidakharmonian diantara parti komponen di dalam Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Phoong yang juga Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah berkata, dengan jelas, SAPP yang masih lagi di dalam Perikatan Nasional (PN), agendanya dengan mudah dapat dihidu dan rakyat dapat menghakimi niat sebenar SAPP.

“DAP Sabah konsisten teguh mempertahankan kestabilan politik untuk membangunkan ekonomi Sabah pasca pandemik.

“Kami akan teguh bersama-sama mempertahankan Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan sehingga habis penggal,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Ubah suai tangki minyak, gagal lapor pertukaran nakhoda, dua buah bot...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular