HomePolitikKerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah fokus laksana agenda pembangunan negeri

Kerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah fokus laksana agenda pembangunan negeri

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Cadangan Parti Maju Sabah (SAPP) agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meletakkan calon di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang disifatkan sebagai pandangan peribadi Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee dan parti itu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pihaknya menghormati pandangan beliau namun ia bukanlah melambangkan pandangan GRS secara kolektif.

“Berhubung kerusi DUN Sabah untuk PRN akan datang ianya belum lagi dibincangkan oleh pimpinan tertinggi dalam GRS kerana fokus Kerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah pada masa ini ialah untuk terus komited melaksanakan segala agenda pembangunan negeri dan rakyat Sabah selaras dengan Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor adalah stabil dan berjalan dengan baik atas sokongan semua pihak dari GRS dan PH Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, pihaknya turut menghargai dan berterima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh rakan-rakan pimpinan PH Sabah khususnya ketika menghadapi ‘Langkah Kinabalu’ pada awal tahun ini iaitu krisis politik yang ditimbulkan oleh Warisan dan sebahagian pimpinan UMNO Sabah.

Katanya, sokongan dan kerjasama yang telah terjalin dalam kerajaan Perpaduan GRS Plus kini dapat diperkukuh dan diteruskan demi kebaikan rakyat dan kepentingan negeri Sabah tercinta.

Semalam, Presiden SAPP itu berkata, tiada lagi keperluan untuk mengadakan perbincangan atau rundingan dengan parti bukan tempatan untuk dijadikan rakan dalam PRN nanti.

“Berdasarkan pengalaman lalu, perbincangan seumpamanya hanya membuang masa. Kali ini kita semua dalam GRS bertanding hanya guna satu logo sahaja, iaitu logo GRS,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya