HomePendapatPenglibatan pelajar dalam STEM semakin menurun, wajar diambil perhatian serius

Penglibatan pelajar dalam STEM semakin menurun, wajar diambil perhatian serius

Read Time:4 Minute, 41 Second

Oleh WAN AZRAIN ADNAN
15 Ogos 2023

1.         Baru-baru ini, Ketua Menteri Sabah di laporkan berkata bahawa kadar penglibatan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sabah adalah semakin menurun dan membimbangkan. Ketika ini, hanya 27% pelajar di Sabah terlibat di dalam bidang STEM.

2.         Jumlah tersebut adalah begitu jauh daripada sasaran 60% aliran sains dan 40% aliran sastera. Justeru itu, beliau mahu satu pelan tindakan bersepadu di laksanakan untuk meningkatkan jumlah pelajar di dalam aliran sains kepada 40% menjelang 2025.

3.         Pada masa yang sama, Sabah turut menghadapi isu berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Data menunjukkan sejumlah 14% (5,686) calon SPM 2022 di Sabah tidak menduduki peperiksaan SPM tersebut. Jumlah ini merangkumi 19% daripada jumlah nasional (29,663 calon).

4.         Tambahan lagi, pencapaian SPM negeri Sabah masih rendah, dan telah meletakkan Sabah di kedudukan paling bawah. Untuk SPM 2022, nilai Gred Purata Negeri (GPN) Sabah adalah 5.22, berbanding dengan nilai Gred Purata Nasional iaitu 4.74.

Secara ringkasnya, semakin baik pencapaian SPM, semakin kecil nilai GPN.

5.         Isu-isu berkenaan wajar mendapat perhatian serius serta tindakan segera oleh semua pihak berkaitan agar dapat di tangani bersama secara menyeluruh. Agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) telah meletakkan asas yang baik untuk pembangunan negeri Sabah. Pelaksanaan SMJ bergantung kepada modal insan yang memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran tinggi.

6.         Sejak mula di lancarkan pada awal 2021, SMJ telah mula membuahkan hasil. Pada tahun 2022, Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK)/ Gross Domestic Product (GDP) Sabah telah meningkat sebanyak 3.7%. Pertumbuhan KDNK Sabah di terajui oleh dua sektor utama yang menyumbang RM 60.9 billion (74.3%), iaitu: sektor perkhidmatan (RM 40.6 billion, 49.5%) dan sektor perlombongan & pengkuarian, yang merangkumi subsektor minyak dan gas (RM 20.3 billion (24.8%).

7.         Tambahan lagi, pada tahun 2022, jumlah eksport Sabah telah meningkat sebanyak 38.6% berbanding tahun 2021 (RM 55.7 billion). Peningkatan eksport yang memberangsangkan ini di sebabkan oleh pertumbuhan besar tiga eksport utama Sabah, iaitu: petroleum mentah telah meningkat sebanyak 59.1%, minyak kelapa sawit meningkat sebanyak 22.1%, dan gas asli cecair meningkat sebanyak 144.1%.

8.         Selain itu, Kerajaan Sabah juga bercadang untuk menceburi industri angkasa dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Industri Angkasa di Sabah. Sekiranya kajian kebolehlaksanaan tersebut positif, fasiliti pelancaran angkasa/ space launching facility bakal di bina di Sabah.

Ini di jangka melibatkan pembangunan sebanyak 300 – 500 syarikat hiliran di dalam industri aeroangkasa dan menyediakan 5,000 peluang pekerjaan.

9.         Pada masa yang sama, Kerajaan Sabah telah meningkatkan penglibatan di dalam industri minyak & gas di Sabah dengan menubuhkan Suruhanjaya Tenaga Sabah, memindah-milik aset huluan gas Petronas kepada Sabah Energy Corporation (SEC) dan mengambil pegangan ekuiti di dalam syarikat PETRONAS yang beroperasi di Sabah.

10.       Kerajaan Sabah juga telah mengumumkan penubuhan semula Lembaga Padi Sabah untuk menerajui pembangunan industri padi di Sabah. Keputusan tersebut di ambil untuk meningkatkan kadar Tahap Sara Diri/ Self-Sufficient Level (SSL) beras Sabah kepada 60% menjelang tahun 2030, berbanding 22% ketika ini.

11.       Jelas, samada di sektor swasta mahupun kerajaan, pentingnya modal insan tempatan yang berkelayakan untuk memacu agenda SMJ. Adalah amat malang sekiranya agenda SMJ tidak dapat mencapai kejayaan di sebabkan pembangunan modal insan yang tidak produktif. Maka tidak mengejutkan jika Sabah terpaksa ‘mengimport’ banyak modal insan luar untuk menjayakan agenda SMJ.

Ketika itu, kejayaan SMJ tidak begitu bermakna kerana rakyat Sabah sendiri tidak dapat meraih peluang pekerjaan dan perniagaan yang di sediakan.

12.       Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, pelbagai perancangan sedang dan telah di laksanakan, dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, untuk memperkasakan dan membudayakan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Sabah.

13.       Tiga fokus utama adalah: meningkatkan kesedaran pelajar, ibubapa, guru serta komuniti mengenai pendidikan dan kerjaya STEM; menarik minat pelajar ke arah bidang STEM; dan memperbetul persepsi umum bahawa bidang STEM adalah sukar dan membebankan.  

14.       Perancangan yang di sediakan termasuklah: Program STEM Fiesta di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); mewujudkan Pusat Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) di Perpustakaan Negeri Sabah; pembinaan Pusat Sains Sabah; menaiktaraf makmal sains sekolah menengah; mewujudkan sudut sains sekolah rendah; Majlis Anugerah Sains Sabah 2023; Karnival Sains Sabah 2023; Kembara Sains Borneo; Sabah National Science Challenge.

15.       Sudah sekian lama sasaran peratusan bidang STEM tidak tercapai. Kegagalan ini membuktikan kesukaran untuk mengubah minda pelajar dan ibubapa terhadap bidang STEM. Malah, kegagalan tersebut menjadi lebih rumit dengan infrastruktur dan fasiliti sekolah yang daif di Sabah. Mengikut rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah untuk tahun 2022, sebanyak 54.5% (704 sekolah) di kategorikan sebagai daif dan memerlukan penambah-baikan segera.

16.       Akronim SMJ merangkumi prinsip serta fokus pembangunan Sabah Maju Jaya. ‘S’ mewakili sektor utama ekonomi iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan. ‘M’ mewakili modal insan dan kesejahteraan rakyat. ‘J’ mewakili jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

17.       Justeru itu, sekiranya ‘M’ menempuh kegagalan, maka runtuhlah SMJ.

18.       Apa itu SJ?

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah hargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan bantu tingkat keterjaminan makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular