HomeUtamaSabah bakal terima 114 pegawai teknikal

Sabah bakal terima 114 pegawai teknikal

Read Time:2 Minute, 9 Second

Papar : Sabah bakal menerima seramai 114 orang pegawai teknikal dengan menempatkan tiga orang pegawai bagi setiap daerah di negeri ini dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia merupakan susulan penurunan kuasa bagi jabatan teknikal di bawah Arahan 182 yang diluluskan oleh Perdana Menteri kepada Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan Persekutuan sedang giat memastikan kita dapat membangun ekonomi dan memberi fokus kepada pelaksanaan projek-projek pembangunan dengan segera.

“Langkah itu akan dapat merancakkan lagi ekonomi negara bukan hanya di peringkat persekutuan tetapi hingga ke akar umbi termasuk ke peringkat daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Bicara Merdeka Sempena Hari Kebangsaan di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah, di sini semalam.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, pihaknya bersyukur kerana Perdana Menteri telah meluluskan permintaan Sabah dan Sarawak dengan memberikan penurunan kuasa bagi jabatan teknikal di bawah Arahan 182.

Katanya, Jabatan teknikal terdiri daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPPS) kini boleh melaksanakan projek-projek pembangunan di bawah RM 50 juta.

Menurutnya lagi, tambahan kapasiti pegawai teknikal itu diharap dapat membantu pejabat-pejabat daerah untuk melaksanakan projek-projek pembangunan kecil dengan segera.

“Kerajaan memberi ’empowerment’ kepada pejabat-pejabat daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di mana projek-projek kerajaan persekutuan melalui ICU, KKDW dan sebagainya, kementerian ekonomi juga boleh dilaksanakan terus oleh Pejabat Daerah.

“Masalah yang dihadapi ialah kekangan kapasiti, kemampuan pejabat-pejabat daerah yang mempunyai pegawai teknikal dalam jumlah yang kurang, ada dua ada sorang.

“Dengan pelantikan pegawai teknikal itu, projek-projek pembangunan persekutan yang sebelum ini dilaksanakan oleh agensi persekutuan kini boleh dilaksanakan oleh JKR dan JPPS,” katanya.

Pada majlis itu, Armizan berinteraksi selama sejam dengan para pelajar bagi melonjakkan paradigma generasi muda dalam usaha memaknai kemerdekaan.

“Kita tidak mahu anak-anak muda tidak dapat menghayati jerih, pengorbanan serta perjuangan para pelopor bangsa yang telah berjuang mendapatkan kemerdekaan.

“Kita juga berhasrat untuk membawa anak-anak ini untuk melonjakkan paradigma mereka melihat kemerdekaan bukan sahaja untuk mendapatkan dan mengisinya, tetapi membawa mereka bersama-sama memaknai kemedekaan itu supaya nilai yg lebih besar dalam kebersamaan kita dalam kerangka ekonomi Madani.

Dalam perkembangan lain, menjawab isu jalan masuk ke sekolah itu yang rosak teruk akibat pembinaan rumah persendirian dan tular baru-baru ini, Armizan memberitahu pihaknya akan menyemak status jalan tersebut sebelum mengemukakan peruntukan kepada agensi yang terlibat.

Selain itu, atas kapasiti Ahli Parlimenn, beliau turut mengumumkan pemasangan lampu solar di sepanjang jalan masuk untuk kemudahan penduduk serta warga sekolah berkenaan akan bermula tidak lama lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular