HomeUtamaAJK Masjid disaran daftar sebagai pencarum PERKESO

AJK Masjid disaran daftar sebagai pencarum PERKESO

Read Time:1 Minute, 15 Second

Beaufort : Ahli jawatankuasa Masjid termasuk imam dan guru agama khususnya di negeri ini disaran untuk mendaftar sebagai pencarum dibawah skim caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Ruslan Muharam berkata, skim caruman dibawah PERKESO itu juga memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada pencarum khususnya ketika berlaku musibah.

“Saya difahamkan jawatankuasa masjid ini ada dilindungi oleh PERKESO dan ianya telah dibayar 100 peratus oleh Kerajaan sebelum ini namun kita tidak mengetahui mengenai informasi berhubung skim ini.

“Selain itu saya juga difahamkan hanya seramai 40,000 orang sahaja yang layak akan dapat perkhidmatan ini di seluruh negara.  Justeru saya mencadangkan agar semua ahli jawatankuasa Masjid mendaftar sebagai pencarum di PERKESO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Jelajah Semarak Kemerdekaan Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana besar kepada rakyat untuk mendaftar sebagai pencarum di PERKESO.

Katanya, Kerajaan turut menanggung sebanyak 80 peratus pembayaran bagi setiap pencarum dan ianya akan dapat meringankan bayaran pencarum yang berdaftar.

“Tujuan PERKESO ini adalah untuk melindungi kita daripada kecelakaan dan beberapa perkara lain termasuk penyakit kronik.

“Sebagai contoh, jika seorang pencarum itu terlantar sakit dan perlu dirawat, PERKESO akan melindungi pencarum dengan memberi bayaran bulanan sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan selain keperluan lain.

“Ini antara lain yang rakyat perlu tahu dan ambil peluang kerana ianya adalah salah satu mekanisme Kerajaan dalam membantu rakyat dalam menhghadapi kesukaran hidup,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular