HomeUtamaHargai dan sanjung tinggi Jalur Gemilang

Hargai dan sanjung tinggi Jalur Gemilang

Read Time:1 Minute, 32 Second

Papar: Masyarakat khususnya di negeri ini digesa untuk sentiasa menghargai, menghormati serta menyanjung tinggi Jalur Gemilang sebagai satu lambing kedaulatan negara.

Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, sikap menunggu pemberian bendera percuma dan persepsi menyemarakkan Bulan Kebangsaan hanya terletak di bahu penjawat awam atau jabatan kerajaan juga perlu diubah.

“Malaysia adalah milik dan tanggungjawab rakyat di negara ini.  Apabila sudah mengibar Jalur Gemilang atau mana-mana bendera negeri mohon perhatikanlah keadaannya.

“Bendera yang lusuh mestilah diturunkan atau sebaik-baiknya diganti dengan bendera yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Peringkat Daerah Papar di Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajah Rahmah di sini baru-baru ini.

Ghulam yang juga ADUN Kawang berharap agar semangat patriotisme dalam sanubari rakyat dapat digelorakan sekali gus meningkatkan iltizam yang tinggi untuk bersama-sama membangunkan negeri dan negara Malaysia.

Pada akhir ucapannya, Ghulam turut mengumumkan projek naik taraf padang SMAN Toh Puan Hajah Rahmah kepada mini stadium akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Terdahulu, beliau bersama ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim dan Pegawai Daerah Papar Fuad Abdullah menyambut kehadiran rombongan Konvoi KMJG yang diketuai Pengarah Penerangan Sabah Janisah Mohd Noor yang merupakan destinasi persinggahan ke 48. 

Pada majlis tersebut, Ghulam menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta menyerahkan peralatan lengkap sukan bola tampar dan ping pong daripada Pejabat Belia dan Sukan Papar kepada Pengetua SMAN Toh Puan Hajah Rahmah, Jonisah Harimin.

Beliau turut menyaksikan acara penyerahan Jalur Gemilang oleh Jainisah kepada ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan Daerah Papar.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Roslie Ibrahim serta Pegawai Penerangan Daerah Papar Mohd Najib Juanis.

RELATED ARTICLES
Utama

Petani cedera parah tertembak diri sendiri dengan senapang ‘bakakuk’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular