HomePendapatSekolah daif perlu pembaikan segera, jurang pencapaian pelajar luar bandar dan bandar...

Sekolah daif perlu pembaikan segera, jurang pencapaian pelajar luar bandar dan bandar masih ketara.

Read Time:5 Minute, 2 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

1.         Pada awal Ogos 2023, Menteri Pendidikan Malaysia di laporkan berkata bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang memperhalusi model serta mekanisma untuk projek rintis pembinaan sekolah khas untuk pelajar daripada keluarga paling miskin. Menurut beliau, sekolah model khas tersebut bakal di bina di mana pelajar paling sukar untuk mendapat akses pendidikan.

2.         Tiada maklumat lanjut tersedia mengenai sekolah model khas berkenaan. Oleh kerana itu, pelbagai persoalan telah di timbulkan: Apakah kriteria pemilihan pelajar? Di manakah lokasi sekolah? Apakah kurikulum pembelajaran yang akan di gunakan? Berapakah kos yang akan di belanjakan?

Ramai tertanya-tanya serta musykil samada sekolah model khas berkenaan sesuai dan dapat mencapai matlamat yang di kehendaki.

3.         Fokus utama pendidikan negara mestilah untuk menyediakan akses sama rata kepada pendidikan yang berkualiti. Ini merangkumi semua aspek pendidikan, termasuklah – infrastruktur sekolah, fasiliti dan peralatan sekolah, guru, buku dan bahan rujukan, aktiviti dalam dan luar kelas, internet.

4.         Sebagaimana umum sedia maklum, masih banyak sekolah, terutamanya di luar bandar, tidak memiliki infrastruktur dan fasiliti yang baik dan lengkap. Pada Disember 2021, Menteri Pendidikan Malaysia di laporkan berkata bahawa terdapat 1,311 buah sekolah yang mempunyai infrastruktur daif di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 73 buah adalah di bawah kategori skala tujuh, dan 1,238 buah pada skala enam.

Menurut beliau, untuk menambah-baik sekolah-sekolah terbabit, anggaran perbelanjaan yang di perlukan ialah RM 15.077 billion. Satu jumlah yang amat besar!

5.         Menurut pentakrifan Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah berskala enam merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan dari pihak teknikal Jabatan Pendidikan Negeri. Manakala, sekolah berskala tujuh pula merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan dari Jabatan Kerja Raya (JKR).

6.         Justeru itu, di bawah Belanjawan 2023, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan peruntukan berjumlah RM900 juta untuk mengatasi masalah sekolah daif di seluruh Malaysia, melibatkan 380 buah sekolah.

7.         Selain itu, jurang pencapaian pelajar sekolah luar bandar dan bandar masih ketara. Ini mencerminkan akses pendidikan berkualiti yang tidak setara. Sebagai contoh. Untuk peperiksaan SPM 2022, gred purata pelajar di bandar adalah 4.73, berbanding gred purata bagi pelajar luar bandar pula 5.16. 

Sudah pasti pencapaian pelajar luar bandar berkenaan, sedikit ataupun banyak, ada hubung-kait dengan kualiti pendidikan sekolah luar bandar yang lebih rendah dari sekolah bandar.

8.         Satu lagi contoh ialah negeri Sabah. Mengikut rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2022, sebanyak 54.5% (704 sekolah) di kategorikan sebagai daif dan memerlukan pembaikan serta penyelenggaraan segera.

Untuk SPM 2022, nilai Gred Purata Negeri (GPN) Sabah adalah 5.22, berbanding Gred Purata Nasional iaitu 4.74. Ini telah meletakkan Sabah di tangga paling bawah. Pencapaian negeri terbaik ialah Negeri Sembilan (4.50).

Dengan jumlah sekolah daif yang banyak, maka tidaklah mengejutkan Sabah telah mencatatkan pencapaian SPM 2022 yang terendah di Malaysia.

9.         Usaha untuk meningkatkan akses pendidikan berkualiti dan pencapaian pelajar, terutamanya di kawasan luar bandar, akan memerlukan dana yang besar serta mengambil masa yang lama. Oleh itu, Kerajaan Malaysia wajar meneliti juga pendekatan yang boleh di laksanakan segera dengan kos yang tidak membebankan. Adalah amat malang sekiranya komuniti luar bandar terpaksa terus menunggu tahun demi tahun, generasi ke generasi, untuk menikmati pendidikan berkualiti.

Therefore, if we cannot bring quality education to them, we bring them to quality education.

10.       Untuk tujuan tersebut, model Asrama Bandar wajar di teliti sebagai satu inisiatif yang boleh di laksanakan secara meluas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Model Asrama Bandar bukanlah satu idea yang baru, dan telah pun di laksana sekian lama. Namun begitu, model Asrama Bandar ini boleh di kemas-kini dengan pengisian terkini dan di laksanakan dengan melibatkan kerjasama serta dana dari pelbagai pemegang taruh, termasuklah syarikat swasta dan NGO. Pembangunan modal insan adalah tanggungjawab bersama.

Bak kata pepatah Inggeris: It takes a village to raise a child.

11.       Sekitar tahun 2008/ 2009, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah melancarkan inisiatif Asrama Bandar yang di kenali sebagai Educational City Hostel (ECT) di Taiping, Perak. Inisiatif ECT bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik serta pembangunan sahsiah pelajar luar bandar dari keluarga berpendapatan rendah.

Pelajar terpilih, terdiri daripada pelajar sekolah rendah Tahun 5 dari serata kawasan luar bandar, tinggal di Asrama ECT dan menghadiri sesi persekolahan di sekolah-sekolah terbaik di bandar berkenaan.

12.       Seterusnya, apabila tamat pengajian sekolah rendah, dengan keputusan yang baik, pelajar tersebut boleh melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Berasrama Penuh. Ini bermakna, Asrama Bandar ECT memainkan peranan sebagai ‘feeder’ kepada Sekolah Berasrama Penuh.

13.       Model Asrama Bandar ECT adalah khusus untuk pelajar yang memiliki pencapaian purata gred B dan C, dan bukannya pelajar cemerlang. Pendekatan ini di ambil agar pelajar berkenaan dapat di bantu supaya tidak ketinggalan di dalam sistem pendidikan negara.

14.       Inisiatif Asrama Bandar ECT dapat di laksanakan segera untuk mendapatkan hasil dengan cepat. Ianya mengguna-pakai sumber sediada di dalam eko-sistem pendidikan setempat. Kejayaan inisiatif ini bergantung kepada kualiti fasiliti dan perguruan sediada di sekolah terpilih, yang sudah pun memiliki reputasi serta trek rekod melahirkan pelajar cemerlang.

15.       Maka, dengan meletakkan para pelajar terpilih di dalam susasana kehidupan yang lebih selesa di asrama dan pembelajaran yang lebih kondusif di sekolah, mereka dapat merealisasikan potensi mereka.

16.       Semua pelajar berhak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti. Maka Kerajaan Malaysia mesti meningkatkan serta mempercepatkan usaha untuk memperkasa sistem pendidikan negara di semua peringkat, terutamanya di peringkat rendah dan menengah.

17.       Bak kata pepatah Melayu: Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular