HomeIsu tempatanPasar Malam Bandaran bermula Isnin ini

Pasar Malam Bandaran bermula Isnin ini

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai sekitar bandaraya Kota Kinabalu dipelawa untuk berkunjung ke Pasar Malam Bandaran (Bandaran Night Market) yang akan bermula Isnin ini.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Junainah Abbie berkata, pasar yang bermula jam 6 petang sehingga 11 malam itu akan diadakan bertempat di Jalan Dua Puluh Empat Bandaran Berjaya.

“Justeru, DBKK akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di sebahagian Jalan Dua Puluh 4, Bandaran Berjaya untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Pasar Malam Bandaran (Bandaran Night Market).

“Pasar ini akan beroperasi setiap hari Isnin hingga Khamis, dari jam 6 petang hingga 11 malam bermula pada 21hb Ogos ini iaitu Isnin depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Junainah berkata, jalan dan tempat letak kereta yang berkenaan akan ditutup setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 5 petang hingga 11 malam bermula hari yang sama.

Katanya, pihaknya turut menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota-anggota Penguatkuasa yang bertugas selain sentiasa berhati-hati.

“Pengguna jalan raya juga disarankan untuk menggunakan jalan alternatif lain sepanjang tempoh penutupan sementara laluan jalan ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular