HomeUtama474 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap di Sabah

474 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap di Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Seramai 474 pegawai perubatan kontrak yang baru dilantik ke jawatan tetap sebagai pegawai perubatan Gred UD43 telah melaporkan diri di negeri ini sejak akhir bulan lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Asits Sanna berkata, jumlah yang direkodkan itu adalah berdasarkan data setakat 5 Ogos lalu selepas Tarikh melapor diri bermula pada 31 Julai lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 339 pegawai perubatan melapor diri di hospital seluruh Sabah, manakala baki 135 pegawai lagi melapor diri di klinik kesihatan seluruh negeri ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna

“Selain itu, seramai 103 pegawai perubatan yang bertugas di negeri ini berpindah keluar untuk melapor diri di negeri lain.  Jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang berkhidmat di negeri ini adalah seramai 1,986 pegawai dengan pertambahan seramai 371 pegawai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Asits berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas komitmen dan keprihatinan menambah bilangan pegawai perubatan selaras keperluan perkhidmatan kesihatan di Sabah.

Katanya, dengan pertambahan itu, pihaknya berharap perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di Sabah akan bertambah baik dan dapat diperluaskan lagi.

“Jabatan juga ingin mengambil peluang untuk merakamkan penghargaan kepada semua pegawai perubatan yang komited dan dedikasi dalam memberi perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

“Semoga kita semua bergerak ke hadapan bersama untuk mencapai matlamat dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan berkualiti untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah hargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan bantu tingkat keterjaminan makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular