HomeUtamaDaerah Kudat punyai potensi besar dalam bidang STEM

Daerah Kudat punyai potensi besar dalam bidang STEM

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kudat : Pelajar-pelajar sekolah di daerah ini mempunyai potensi besar bagi mendalami dan memahami teori sains dan aplikasi hukum sains dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah (JPNS) Muddin Beting berkata, beliau juga amat kagum dengan hasil inovasi yang dihasilkan pelajar sekolah di daerah itu.

“Saya sangat kagum dengan hasil inovasi pelajar-pelajar Kudat. Mereka juga mampu menerangkan inovasi atau projek yang mereka cipta dengan mengambil kira prinsip aplikasi ilmu sains dalam penyelesaian masalah kehidupan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Perasmian Penutupan STEM Fiesta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat di Dewan Hakka, di sini, baru-baru ini.

Pesta STEM FIESTA itu dianjurkan PPD Kudat, JPNS, dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.

Muddin berkata, antara inovasi yang menarik perhatiannya adalah projek menggunakan bunga kekwa sebagai bahan eksperimen hasil ciptaan pelajar SMJK Lok Yuk.

“Bunga ini telah diubah warna kelopaknya dengan menggunakan cecair xilem. Inovasi ini menunjukkan bahawa STEM bukan sahaja melibatkan ilmu, tetapi juga kreativiti dalam mencipta sesuatu yang baru dan berguna,” katanya.

Muddin juga menzahirkan harapan agar dorongan dan sokongan terhadap anak-anak murid dalam bidang ini terus ditingkatkan.

“JPNS berharap agar semua PPD di Sabah, termasuk PPD Kudat, dapat terus menggalakkan dan menyokong pelajar-pelajar untuk menceburi bidang STEM.

“Ini akan membawa kepada kejayaan dan perkembangan yang berkekalan dalam industri teknologi dan sains di Sabah,” katanya.

Program yang diadakan sejak 17 Julai sehingga 18 Ogos ini adalah sebahagian daripada siri anjuran oleh JPNS yang melibatkan 16 sekolah di daerah Kudat.

Selain pameran inovasi, pelbagai aktiviti yang menarik dan mencabar telah diadakan sepanjang siri ini untuk menguji kreativiti dan penyelesaian masalah pelajar-pelajar dalam bidang ini. 

Antara aktiviti sepanjang program ini adalah pertandingan roket air, pertandingan Arduino kereta mekatronik, pertandingan video pendek, serta webinar dan ceramah.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular