HomeUtamaHajiji terima kunjungan dua Menteri Persekutuan

Hajiji terima kunjungan dua Menteri Persekutuan

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima
kunjungan hormat daripada dua orang Menteri Persekutuan di pejabatnya di Menara Kinabalu pada Isnin.

Mereka ialah Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar.

Deligasi Alexander terdiri daripada Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato Sri Abdul Rahman Mohamad, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, Timbalan KSU, Dato’ Zahrul Hakim Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Datuk Ir.Ahmad Redza Ghulam Rasool.

Hajiji diberi taklimat mengenai pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya persekutuan dan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan dan pembinaan kemudahan infrastruktur di Sabah.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir.Shahelmey Yahya dan Pembantu-Pembantu Menteri iaitu Datuk Limus Juri dan Datuk Robert Tawiq.

Sementara itu, V.Sivakumar diiringi oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Timbalan KSU (Dasar dan Antarabangsa) Dato’ Amran Ahmad.

Hajiji (tengah) mengadakan pertemuan bersama lima orang Ahli Parlimen GRS dan seorang Ahli Parlimen Bebas.

Hajiji turut mengadakan pertemuan bersama lima orang Ahli Parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan seorang Ahli Parlimen Bebas, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin.

Ahli Parlimen lain ialah Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan (Keningau), Datuk Jonathan Yasin (Ranau), Datuk Matbali Musah (Sipitang), Lo Su Fui (Tawau).

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular