HomeIsu tempatanPenduduk Kuamut bakal dapat kemudahan dewan dan jeti baharu

Penduduk Kuamut bakal dapat kemudahan dewan dan jeti baharu

Read Time:1 Minute, 6 Second

KUAMUT: Penduduk Kuamut bakal mendapat dua kemudahan iaitu dewan terbuka dan jeti baharu yang akan dibina di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuamut tidak lama lagi.

Naib presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, dua kemudahan penduduk Kuamut itu dapat dibangunkan dengan segera sekiranya kerja-kerja penilaian kos bina dewan dan jeti dapat dibuat dengan secepat mungkin.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N57 Kuamut, meletakkan anggaran kos Rm200,000 untuk sebuah Dewan Terbuka Kampung Tangkuyan, manakala RM100,000 untuk pembinaan jeti baharu Kampung Kuamut.

Selain itu, kemudahan 500 buah kerusi plastik bagi kegunaan Kampung Tangkuyan dan kampung Kuamut juga termasuk dalam peruntukan sama.

Masiung mengumumkan peruntukan itu semasa Majlis Perasmian Mesyuarat Cawangan-Cawangan Gagasan Rakyat di PDM Bahagian Kuamut di sini pada Sabtu lalu.

Sementara itu, ketua penyelaras Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kuamut Andrew Chung, Menyambut baik kemudahan yang diperuntukkan Itu, dan menghargai keperihatinan Datuk Masiung terhadap penduduk kampung di PDM itu.

Dalam Majlis Sama Masiung turut menyempurnakan penyampaian Surat Watikah Perlantikan kepada Ketua-ketua Cawangan PDM Kuamut, seterusnya melancarkan Cawangan Gagasan Rakyat bagi PDM Kuamut.

Hadir sama dalam majlis itu ialah, Timbalan Ketua Bahagian, Tokyo Abduk Hasim, Naib Ketua Bahagian Jamlin Kayatah, Ketua Wanita Jalilah@Juhaila Apiang, Ketua Pemuda Willyfrous Darinsok, Ketua Beliawanis Khalidah Mahalil, Serta Ahli Jawatan Kuasa Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular