HomeUtamaTambunan tuan rumah sambutan Hari Sabah 31 Ogos ini

Tambunan tuan rumah sambutan Hari Sabah 31 Ogos ini

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Sabah akan menyambut Hari Sabah pada 31 Ogos ini bagi memperingati hari ia menjadi sebuah negara merdeka 60 tahun lalu.

Beliau berkata, Kabinet Negeri membuat keputusan itu semasa mesyuarat minggu lepas dan telah memilih Tambunan sebagai lokasi bagi sambutan yang julung kali diadakan itu.

“Ia juga diputuskan bahawa perayaan itu menandakan peristiwa penting sejarah Sabah, akan diraikan setiap tahun dengan lokasi yang akan digilirkan antara daerah.

“Marilah kita menghormati dan memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di Sabah dan menandakan perjalanan kita bersatu sebagai rakyat untuk mewujudkan pemerintahan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sabah seterusnya membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.

Hajiji berkata acara di Tambunan itu dijadualkan pada pukul 3 petang selepas sambutan Hari Kebangsaan
di sini.

RELATED ARTICLES
Utama

Pantau projek pemasangan menara telekomunikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular