HomeUtamaKaedah letupkan 'ladum' boleh halau gajah liar

Kaedah letupkan ‘ladum’ boleh halau gajah liar

Read Time:1 Minute, 7 Second

TONGOD: Kaedah meletupkan ‘ladum’ ternyata boleh menghalau dan mengejutkan kumpulan gajah liar yang sering mengancam tanaman penduduk, menurut Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Ladum merupakan sejenis alat tradisional yang diperbuat dari bekas tin terbuang dicantum dan dibentuk seperti mariam buluh boleh diletupkan menggunakan cecair spirit.

Masiung turut mencuba sendiri kaedah ladum tersebut dalam siri lawatan kerja sehari ke kampung itu pada Sabtu dan beliau mahu Jabatan Hidupan Liar (JHL) Kinabatangan menjadi mentor kepada komuniti pekebun kecil yang terancam dengan gajah liar.

Terdahulu beliau diberi taklimat oleh pegawai JHL Kinabatangan, Sylvia Alsisto, mengenai penubuhan komuniti pekebun kecil dinamakan ‘Aki Keramuk’ yang bertindak menghalau kumpulan gajah liar mengancam kebun sawit penduduk menggunakan kaedah ladum.

Masiung kemudian meluluskan RM10 ribu untuk membina sebuah pusat komuniti Aki Keramuak di kampung berkenaan.

Menurut Masiung, para pegawai JHL akan melatih kumpulan pekebun kecil sawit supaya mereka mahir dalam kaedah menghalau binatang liar itu tanpa menggunakan kekerasan.

” Salah satu cara penduduk menghalau kumpulan gajah ialah meletupkan ladum apabila binatang itu memasuki kebun sawit mereka.

“Saya telah meminta JHL menubuhkan lebih banyak pasukan di setiap kampung yang sering kali menjadi ancaman binatang berkenaan,“ katanya.

Sehubungan dengan itu, Masiung juga telah membawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai masalah gajah liar yang telah banyak memusnahkan kebun-kebun sawit milik penduduk di daerah Tongod, namun belum ada tindakan diambil setakat ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya