HomeUtamaEmpangan hidroelektrik RM4 bilion akan dibina di Ulu Padas, Tenom

Empangan hidroelektrik RM4 bilion akan dibina di Ulu Padas, Tenom

Read Time:2 Minute, 12 Second

PAPAR: Empangan Hidroelektrik bernilai RM4 bilion akan dibina di Ulu Padas, Tenom sebagai penyelesaian jangka panjang kepada isu kekurangan bekalan air di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembinaan empangan yang mempunyai kapasiti 6,000 juta liter sehari (MLD) itu akan dilancarkan pada Oktober ini, dan dijangka siap pada 2027.

“Ia adalah projek usaha sama antara Kerajaan Negeri melalui Sabah Energy Corporation dan sektor swasta,” katanya selepas melancarkan Projek Loji Rawatan Air Kogopon Fasa II di sini hari ini.

Menurut Hajiji, Kerajaan Negeri juga sedang menjalankan kajian kebolehlaksanaan ke atas Empangan Papar atau Kaiduan sebagai satu lagi penyelesaian jangka panjang kepada masalah kekurangan air dan untuk menampung keperluan pengguna.

Mengenai masalah bekalan air di Tuaran sehingga ke Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ketua Menteri berkata ia dijangka dapat diselesaikan pada penghujung tahun ini sebaik sahaja beberapa isu yang menjejaskan projek Loji Rawatan Air Telibong telah ditangani.

Hajiji memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani masalah air termasuk di Sandakan, Tawau dan Lahad Datu.

Hajiji (kiri) diiringi Shahelmey(tiga kiri) dan Armizan (kanan) semasa Majlis Pecah Tanah Projek Loji Rawatan Air Kogopon Fasa II di Papar hari ini.

Sementara itu Loji Rawatan Air Kogopon akan menjalani kerja-kerja menaik taraf RM379 juta di bawah pembangunan Fasa II untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kepada 80 juta liter harian (MLD) yang memanfaatkan kira-kira 160,000 pengguna di Putatan, Kinarut, Lok Kawi dan sekitarnya.

Beliau berkata projek itu akan meningkatkan kapasiti bekalan air bagi menampung permintaan industri, khususnya Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) dan Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) di bawah Koridor Pembangunan Sabah sehingga 2040.

“Ia akan membantu menangani kekurangan air di selatan Pantai Barat,” katanya.

Hajiji juga mengarahkan Jabatan Air memantau dengan ketat kemajuan projek itu bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual tiga tahun dari sekarang.

“Saya tidak mahu melihat projek itu tertangguh dan rakyat akhirnya menghadapi masalah bekalan air,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri telah diberi taklimat bahawa Loji Rawatan Air Kogopon yang pada masa ini mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 40MLD dan projek menaik taraf itu akan meningkatkan pengeluaran sebanyak 40MLD lagi.

Antara skop projek ialah pembinaan loji rawatan baharu (kapasiti 40 MLD), Takungan Pengimbang berkapasiti 10 juta liter, tiga tangki agihan di Kimanis, Kampung Nagapas (Papar) dan Kampung Ketiau (Putatan) dan sebuah
menaik taraf pengambilan air.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Armizan Mohd Ali, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Juri dan Datuk Robert Tawik, Adun Kawang Datuk Ghulam Haidar Bahadar Khan, Adun Limbahau Datuk Juil Nuatim, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Datuk Ridhwan Roger Linus dan Pengarah Jabatan Air, Suhaimi Asbullah.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular