HomeUtamaKabinet Sabah setuju tukar nama JPKK kepada JKKK

Kabinet Sabah setuju tukar nama JPKK kepada JKKK

Read Time:1 Minute, 22 Second

Tuaran : Kabinet negeri Sabah bersetuju untuk menukar nama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang bersesuaian dengan dasar Kerajaan Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kementerian mahu menjadikan JKKK sebagai sebuah badan yang mampan, relevan dan berkebolehan dalam tadbir urus kampung.

Katanya, halatuju ini adalah bertepatan dengan visi dan misi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah.

“Justeru, sebagai penyandang jawatan dalam badan JKKK yang berkualiti, kita wajar sentiasa mempunyai wawasan, bersifat terbuka dan tidak mudah leka dengan pencapaian sedia ada.

“Kita juga seharusnya sentiasa berusaha lebih gigih dalam membantu kerajaan untuk mencapai kemajuan bersama. Warga JKKK Sabah perlu melaksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan melalui menyampaikan perkhidmatan terbaik dan berintegriti kepada penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JPKK Siri 2/2023 Daerah Kota Belud di sini semalam.

Pada kursus itu seramai 166 peserta terdiri dari empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Usukan; Dun Kadamaian; DUN Tempasuk dan DUN Pintasan.

Jahid berkata, pihaknya berharap agar tahap kualiti perkhidmatan yang dipamerkan oleh seluruh warga JKKK berupaya memperkasa sebuah negara bangsa yang bersatu, makmur serta bermaruah.

Beliau turut menyeru agar semua JKKK terus berkhidmat berteraskan paksi perundangan dan dasar yang sedia ada ke arah memastikan kelancaran sistem penyampaian kerajaan secara berkesan.

“Mudah-mudahan, kita dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan jujur demi memartabatkan nama baik KPLB Sabah.

“Buktikanlah nilai kecemerlangan anda dengan menonjolkan semangat juang serta iltizam jitu bagi menghasilkan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk kampung tuan puan. Mudah-mudahan momentum kecemerlangan ini dapat terus dipertingkatkan sepanjang masa,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan komited lahirkan belia berilmu, kemahiran, kepemimpinan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular