HomeUtamaBeberapa laluan, tempat letak kereta ditutup sempena Hari Kebangsaan negeri Sabah

Beberapa laluan, tempat letak kereta ditutup sempena Hari Kebangsaan negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Beberapa laluan dan tempat letak kereta sekitar bandaraya Kota Kinabalu akan ditutup sementara bagi memberi laluan kepada pelaksanaan raptai dan upacara perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah tahun ini.

Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Junainah Abbie berkata, antara yang terlibat ialah Jalan Coastal; Jalan Mentari; Jalan Tun Fuad Stephens; Jalan Centre Point; Lorong Api-Api 2; Lorong Wawasan Plaza dan Stesen Perhentian Bas Zon Selatan.

“DBKK akan melaksanakan penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta di lokasi-lokasi yang terlibat untuk memberi laluan kepada pelaksanaan raptai dan acara sebenar upacara perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah 2023 yang akan diadakan pada 31 Ogos ini di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens.

“Bagi Jalan Coastal, ia hanya melibatkan lorong sebelah kiri bermula dari simpang keluar Sutera Harbour hingga simpang masuk ke KK Times Square dan Jalan Mentari bermula dari simpang masuk ke KK Times Square hingga ke Bulatan Millennium Wawasan Plaza dan penutupan akan dilaksanakan bermula 27 hingga 31 Ogos bermula 6 pagi hingga 12 tengah hari.

“Bagi Jalan Tun Fuad Stephens, ia melibatkan bulatan Millenium, Wawasan Plaza hingga simpang masing Marina Court bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari bermula 27 hingga 30 Ogos dan bermula 10 malam pada 30 Ogos hingga 12 tengah hari pada 31 Ogos,” katanya dalam kenyataan.

Junainah berkata, bagi Jalan Centre Point; Lorong Api-Api 2 dan Lorong Wawasan Plaza ianya akan ditutup secara berkala bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari pada 27 hingga 31 Ogos.

Katanya, bagi Stesen Perhentian Bas Zon Selatan iaitu di Jalan Tun Fuad Stephens berhadapan Marina Court ianya ditutup bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari pada 27 hingga 31Ogos.

“Pada masa sama, kawasan tempat letak kereta bertingkat KK Sentral akan dibuka kepada  peserta upacara perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 tanpa dikenakan caj letak kereta mengikut masa dan tarikh penutupan jalan yang dimaklumkan.

“DBKK menasihatkan orang ramai dan para pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan anggota-anggota Penguatkuasa yang bertugas dan sentiasa berhati-hati serta menggunakan jalan alternatif lain dan kawasan tempat letak kereta berdekatan sepanjang tempoh penutupan sementara jalan dan tempat letak kereta ini bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir ke pameran Pembentukan Malaysia Khamis depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular