HomeUtamaProgram Payung Rahmah manifestasi Kerajaan bantu golongan berpendapatan rendah

Program Payung Rahmah manifestasi Kerajaan bantu golongan berpendapatan rendah

Read Time:1 Minute, 33 Second

Beaufort : Pelaksanaan program Payung Rahmah merupakan satu manifestasi keprihatinan dan konsep kasih sayang Kerajaan kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah berkata, sebanyak lima inisiatif dikenalpasti telah dilaksanakan di bawah program Payung Rahmah itu.

Antaranya Menu Rahmah; Bakul Rahmah; Jualan Rahmah; Pakej Rahmah dan Kafe Rahmah yang merupakan ‘quick win’ yang diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam usaha membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.  

“Program Jualan Rahmah (PJR) adalah program jualan barangan keperluan harian yang terdiri daripada barangan makanan (mentah atau siap) dan barangan bukan makanan yang dikategorikan sebagai barangan keperluan harian.  

“Untuk makluman, program ini dilaksanakan dengan penglibatan peruncit (hypermarket, pasaraya besar, pasaraya, pasaraya mini dan kedai runcit) yang manawarkan pengurangan harga barangan semasa program jualan berlangsung sehingga 30 peratus berbanding harga pasaran semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Advokasi Kepenggunaan Bersama Komuniti dan Program Jualan Rahmah Bergerak di Dewan Muhibbah Dayang Seri Weston di sini semalam.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam.

Matbali berkata, pelaksanaan PJR dalam premis bagi kawasan Parlimen Sipitang telah dilaksanakan sejak Mei lalu dan terus mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Beaufort dan Sipitang.

Katanya, PJR yang dilaksanakan menawarkan penjimatan harga barangan keperluan harian sehingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran. 

Terdahulu, Matbali berkata, Program Advokasi Kepenggunaan yang dianjurkan itu adalah bertujuan untuk menyebarluaskan maklumat kepenggunaan yang tepat kepada Masyarakat. 

Katanya, pelbagai pengisian telah dilaksanakan sempena program itu antaranya taklimat perkongsian berkaitan hak-hak kepenggunaan, tribunal tuntutan pengguna dan juga penipuan transaksi atas talian.  

“Saya ingin memberi nasihat kepada pengguna yang berurusan secara dalam talian agar menyemak semua maklumat sebelum menjalankan sebarang urus niaga termasuk urusan tawar menawar dan sebgainya bagi mengelak diri daripada tertipu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

518 kes pokok tumbang berlaku di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular