HomeUtamaWanita insaf dan menyesal, 10 tahun berada di tirai besi kes bunuh...

Wanita insaf dan menyesal, 10 tahun berada di tirai besi kes bunuh tanpa niat kanak-kanak

Read Time:1 Minute, 56 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Selama hampir 10 tahun berada di tirai besi, Clarice (bukan nama sebenar) mengakui penyesalan dan menginsafi atas kesilapan yang dilakukan membunuh tanpa niat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun pada ketika itu.

Clarice, 39, yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Wanita Kota Kinabalu berkata, dia amat menyesal atas kesilapannya itu dan berazam akan meneruskan kehidupan yang lebih baik sebaik sahaja keluar dari tirai besi itu pada tahun depan.

Clarice yang juga merupakan seorang ibu tunggal mempunyai empat orang anak itu berasa tidak sabar untuk kembali kepangkuan dan menjalani kehidupan baru bersama mereka.

“Saya tidak sabar untuk keluar dari sini bertemu dengan empat orang anak saya dan menjalani kehidupan baru bersama mereka,” katanya ketika ditemui Sabah Media baru-baru ini.

Menurut Clarice, ini adalah kesilapan yang dia lakukan tanpa sedar dan banyak perkara yang dipelajari selama berada di dalam penjara dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan.

“Kehidupan di dalam penjara ini mengajar saya erti kehidupan yang sebenar kerana kami turut dibimbing bukan saja mengenal nilai hidup tapi juga mengenai tuhan. Saya amat menyesal namun saya pasrah semuanya telah ditentukan jalan kehidupan saya begini,” katanya.

Clarice turut berkongsi cerita bagaimana dia dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun kerana membunuh tanpa niat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang diasuhnya pada ketika itu.

Katanya, kejadian berlaku pada 2014, ketika itu Clarice baru pulang kerja dan dia mengambil alih tugas menjaga kanak-kanak itu kerana ibunya (kawan tinggal serumah) pula keluar bekerja.

“Ketika kejadian dalam jam 7 malam itu, saya sedang membuat susu dan kanak-kanak itu duduk di atas meja dan tiba-tiba dia terjatuh. Saya dapati kanak-kanak itu dalam keadaan tidak bergerak dan bergegas menghantarnya ke hospital namun disahkan telah meninggal dunia.

“Saya menyerahkan diri kepada pihak polis dan setelah segala prosiding dilalui saya telah dijatuhkan hukuman selama 15 tahun tetapi dikurangkan sehingga 10 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Clarice turut meluahkan rasa terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah membimbing mereka dalam bidang jahitan selama berada di tirai besi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar PWKK yang telah mengajar kami bukan sahaja dari segi pembangunan insan tetapi juga kemahiran, saya sudah mahir dalam bidang jahitan, jadi sekiranya saya keluar nanti saya bercadang untuk buka kedai jahitan mengambil tempahan untuk baju kemeja, kurung asli dan moden,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

51 rumah setinggan dirobohkan, 6 PTI ditangkap

Buaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular