HomeIsu tempatanEwon hadiri Kempen Derma Darah, sampaikan bantuan kebajikan

Ewon hadiri Kempen Derma Darah, sampaikan bantuan kebajikan

Read Time:48 Second

Penampang: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick baru-baru ini hadir menderma darah sebagai sokongan program Kempen Derma Darah anjuran Wei Sheng Kuong Temple, Penampang dengan kerjasama Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS).

Beliau berharap program seumpama itu diteruskan bagi membantu mengisi Tabung Darah Hospital yang amat memerlukan bekalan darah untuk para pesakit terutmanya Talasemia dan yang terlibat dalam pembedahan.

“Saya gembira kerana program ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk sekitar. Saya sendiri datang pada program ini untuk menderma dan berharap lebih ramai orang menderma darah untuk menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

“Saya juga menyeru orang ramai supaya menjadikan amalan menderma darah sebagai gaya hidup sihat,” katanya selepas menderma darah di kg.Dungkahang, di sini.

Ewon berkata, kempen derma darah boleh dilaksanakan pelbagai pihak termasuk badan Jawatankuasa Kemajuan dan keselamatan Kampung (JKKK), badan keagamaan, badan-badan kerajaan dengan kerjasama pihak hospital.

Turut hadir, Jannie Lasimbang, ADUN Kepayan dan Pengerusi Penganut Dewa Wei Sheng Koung, Yong Ah Loi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Pulau Omadal berterima kasih atas keprihatinan SESB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular