HomeIsu tempatanHUMS jalin kolaborasi jayakan Program Saringan Kanser Payudara di Pulau Gaya

HUMS jalin kolaborasi jayakan Program Saringan Kanser Payudara di Pulau Gaya

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu: Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) melalui pasukan CERAH (Cancer Empowerment, OutReach & Awareness HUMS) telah menjalinkan kolaborasi dalam menjayakan program Saringan Kanser Payudara di Pulau Gaya, Sabah, baru-baru ini. 

Kolaborasi ini melibatkan pihak Kinabalu Pink Ribbon (KPR), Hospital Queen Elizabeth 2, Hospital KPJ serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Penyelaras program CERAH, Dr Nurfarahin Musa berkata, program tersebut bertujuan untuk menghulurkan bantuan kesihatan awam kepada penduduk Pulau Gaya.

“Selain itu, program ini juga adalah bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penyakit kanser payudara.

“Sepanjang program ini, saringan kepada pesakit-pesakit yang berpotensi menghidap kanser payudara juga dilaksanakan,” katanya.

Nurfarahin turut memaklumkan, menerusi program tersebut, pihak LPPKN juga telah memberikan subsidi sebanyak 30 ujian HPV DNA dan 17 pakej saringan mammogram ke Hospital Gleneagles kepada pihak penduduk tempatan, selain KPR yang turut berjaya memberi bantuan sebanyak 100 bakul makanan kepada penduduk tempatan di Pulau Gaya. 

“Sejumlah 12 lelaki dan 90 wanita telah berjaya disaring sepanjang program tersebut berlangsung.

“Hasil saringan telah mendapati 8 individu diklasifikasikan berisiko tinggi dan dirujuk untuk menjalani ujian diagnostik mammogram, manakala 17 individu diklasifikasikan berisiko sederhana dan dirujuk untuk siasatan susulan,” katanya.

Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah, Sufian Eddie Matin telah hadir bagi merasmikan program tersebut. 

Hadir sama Pengerusi CERAH, Dr Nik Amin Nik Lah; dan Ketua Saringan Payudara, Dr Muhammad Amirrul Nizam Razi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular