HomeUtamaJangan begitu bah, asal 'blackout' SESB disalahkan - Madius

Jangan begitu bah, asal ‘blackout’ SESB disalahkan – Madius

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) hanya memberikan bekalan elektrik sekitar 4MegaWatt (MW) ke bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Pengerusi SESB Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, gangguan bekalan yang berlaku di KKIA semalam adalah disebabkan terdapat kerosakan pada talian 11kiloVolt (KV) di dalam pendawaian dalaman KKIA.

“Malam tadi ketika saya berada di ibu negara bagi menyertai Energy Transition Forum 2023, saya telah menerima beberapa aduan menerusi WhatsApp sekitar 9.36 malam yang menyatakan bahawa terdapat gangguan bekalan di KKIA.

“Ekoran itu saya telah meminta Ketua Pegawai Eksekutif SESB Ir. Mohd Yaakub Jaafar untuk membuat siasatan tentang insiden berkenaan.  Hasil siasatan pada  kedua – dua pembekal pada Pemutus Litar (Circuit Breaker) 33kV talian dari Pencawang Pembahagian Utama KKIA, PPU KKIA ke Bangunan KKIA dan didapati bahawa punca bekalan elektrik dari pihak SESB adalah normal,”katanya menerusi hantaran di Facebooknya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gangguan bekalan elektrik yang berlaku di KKIA di sini semalam.

Madius berkata, pemeriksaan juga mendapati tidak berlaku gangguan bekalan terhadap grid SESB pada ketika itu.

Katanya, pengesahan juga turut dibuat dengan pengurusan bangunan KKIA dan telah dimaklumkan bahawa kerosakan tersebut adalah berpunca dari kerosakan pendawaian dalaman bangunan KKIA tersebut.

“Sebenarnya, peranan SESB hanyalah memberikan bekalan elektrik sekitar 4MegaWatt (MW) pada 33kV ke bangunan KKIA dan ketika kejadian tersebut, beban elektrik yang diambil menurun secara mendadak sekitar hanya sekitar 0.2MW sahaja.

“Susulan daripada pemeriksaan pihak pengurusan Bangunan KKIA dan mengesahkan bahawa terdapat kerosakan pada talian 11kV di dalam pendawaian dalaman mereka. Bekalan dipulihkan sepenuhnya sekitar jam12.30 malam,” katanya.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Madius turut berseloroh “Jangan begitu bah, asal blackout SESB yang disalahkan… contoh semalam di KKIA, kesian SESB bertungkus lumus kerja tetap disalahkan”. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

102 KIR terjejas banjir di Penampang terima sumbangan Perdana Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular