HomeUtamaKawalan keselamatan di Hospital Beaufort tidak terjejas

Kawalan keselamatan di Hospital Beaufort tidak terjejas

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Kawalan keselamatan perlindungan di Hospital Beaufort tidak terjejas dan berjalan lancar meskipun berhadapan isu pengawal keselamatan di negeri ini yang didakwa tidak menerima kadar gaji minimum sejak dasar itu dikuatkuasakan tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Astis Sanna berkata, perkhidmatan rawatan di hospital berkenaan masih berjalan seperti biasa kerana jumlah pengawal yang masih mencukupi.

Katanya, pihaknya sebelum ini sudah mengarahkan semua syarikat kawalan keselamatan yang memeterai kontrak bersama JKNS untuk menghantar permohonan bertulis bagi pelarasan harga kontrak kerajaan yang baharu.

Menurunya, ia adalah seiring dengan dengan pengumuman kerajaan mengenai Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 yang menetapkan kadar gaji minimum baharu seorang pekerja dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan berkuatkuasa mulai tahun lalu.

“Perkhidmatan kawalan keselamatan di hospital kerajaan di Sabah adalah melalui pemeteraian kontrak bersama syarikat kawalan keselamatan swasta yang layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Seiring dengan pengumuman kerajaan mengenai PGM 2022, JKNS mengarahkan kepada semua syarikat yang memeterai kontrak bersama jabatan untuk menghantar permohonan bertulis bagi pelarasan harga kontrak kerajaan yang baharu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Astis berkata, pihaknya juga ada menerima permohonan bertulis dari syarikat yang bertanggungjawab ke atas kawalan keselamatan di Hospital Beaufort namun syarikat itu tidak membayar penyelarasan gaji mengikut kadar yang ditetapkan berdasarkan kenyataan dikeluarkan oleh pekerja yang meletak jawatan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tuntutan 14 pengawal keselamatan di Hospital Beaufort terhadap sebuah syarikat kawalan keselamatan yang tular di media sosial beberapa hari lalu.

Difahamkan, pengawal keselamatan terbabit membuat tuntutan berjumlah RM281,989.72 daripada syarikat kawalan keselamatan dalam dua kes yang dibawa ke Mahkamah Buruh Beaufort selepas penyelarasan gaji minimum dan bayaran kerja lebih masa tidak dijelaskan sejak Mei tahun lalu.

Katanya, JKNS memandang serius isu itu dan akan memantau dengan teliti serta berharap kemelut di antara kedua belah pihak itu dapat diselesaikan dengan segera dan adil. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular