HomeIsu tempatanProjek rintis beri kemahiran cuci kereta kepada pelajar OKU 

Projek rintis beri kemahiran cuci kereta kepada pelajar OKU 

Read Time:1 Minute, 40 Second

Papar : Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah dengan kerjasama rakan strategik KK Auto Detailer Sdn Bhd berjaya melaksanakan program rintis dengan memberi kemahiran mencuci kereta kepada pelajar orang kurang upaya (OKU).

Pengarah JPKA Sabah, Jais Asri berkata, inisiatif yang dilaksanakan di Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis dengan memberikan latihan elektif itu adalah sebagai tambahan kepada latihan asas yang ditawarkan di pusat berkenaan.

“Program ini mula dilaksanakan selepas rakan strategik KK Auto Detailer Sdn Bhd mengutarakan idea bernas bagi membantu meningkatkan tahap kemahiran golongan OKU di sini.

“Usaha ini diterima baik sebelum dimasukkan ke dalam silibus pembelajaran yang dilihat mampu menambah kemahiran pelajar apabila menamatkan kursus di kompleks ini kelak,” katanya ketika ditemui, di sini.

Jais berkata, kemahiran yang diberikan kepada pelajar ini adalah sebagai khidmat keperluan semasa bagi membolehkan lepasan pelajar mudah dipasarkan.

Katanya, dengan adanya kemahiran ini, pelajar mampu meneruskan kehidupan di luar berbekalkan kemahiran yang ada untuk terus bersaing dengan orang ramai dalam bidang pekerjaan mencuci kereta.

Menurutnya, pihak JPKA turut berterima kasih dengan rakan strategik KK Auto Detailer Sdn Bhd dengan usaha prihatin membantu pelajar OKU mempersiapkan diri ke alam pekerjaan.

“Kita harapkan perkongsian ini akan diteruskan dengan skop yang lebih besar termasuk pada Memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneruskan program seumpama di masa akan datang.

“Perancangan ini termasuklah meneruskan program sama di daerah lain termasuk Sandakan dan Tawau.

“Kita juga mempunyai perancangan lain termasuk mewujudkan program penjagaan diri membabitkan bidang kecantikan iaitu penjagaan kuku serta bidang urutan atau reflexology,” katanya.

Dalam pada itu, Jais berkata, JPKA turut mengalu-alukan NGO atau pihak syarikat lain untuk menjalin kerjasama dalam usaha meningkatkan taraf hidup golongan OKU dalam bersama-sama menjalani kehidupan di luar.

“Dengan adanya program seumpama ini, golongan OKU akan mempunyai peluang pekerjaan yang luas dan saya minta semua pihak untuk bersama-sama memberi sokongan agar golongan OKU tidak tersisih.

“Ibu bapa juga disaran untuk menghantar anak OKU kepada pihak kebajikan bagi membolehkan mereka diberi latihan yang sesuai berikutan golongan OKU juga adalah aset pembangunan negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,191 pain darah berjaya dikumpul dalam Kempen Derma Darah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular