HomeUtamaEmpat buah kampung di Mukim Pensiangan nikmati bekalan elektrik percuma

Empat buah kampung di Mukim Pensiangan nikmati bekalan elektrik percuma

Read Time:1 Minute, 9 Second

PENSIANGAN: Sebanyak empat buah kampung di sekitar kawasan Mukim Pensiangan termasuk Kampung Siatu, Kampung Sumohong, Kampung Sibangali dan Kampung Dubulon telah menerima bantuan sistem hidroelektrik iaitu bekalan tenaga elektrik secara percuma.

Ahli Parlimen Pensiangan merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Arthur Joseh Kurup memuat naik berita gembira itu di laman facebook rasminya pada Jumaat.

“Hari ini saya sampai ke Kampung Dubulon di Mukim Pensiangan, yang jauh terpencil untuk melancarkan Projek Mini Hidroelektrik.

“Projek ini adalah hasil kerjasama yang digerakkan oleh Light Up Borneo dengan kerjasama reNIKOLA Malaysia & Thomas Philip.

“Sistem hidroelektrik ini mampu menjana sehingga 3 kilowatt (kW) tenaga yang beroperasi sepanjang masa (24 jam) dan membekalkan tenaga elektrik secara percuma kepada kampung ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Arthur, pada masa yang sama sistem air graviti yang digunakan mempunyai pelbagai kegunaan kerana juga akan membekalkan air kepada kawasan sawah penduduk kampung. Penduduk kampung juga diberi latihan dalam operasi dan penyelenggaraan sistem mesin ini.

A”Setakat ini kita telah bantu mewujudkan sistem hidroelektrik ini di empat buah kampung di sekitar kawasan ini termasuk Kg. Siatu, Kg. Sumohong, Kg. Sibangali dan Kg. Dubulon.

“Saya sangat berterima kepada semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang sudi bekerjasama untuk membantu penduduk dalam kawasan yang luas dan jauh ini. Walaupun projek ini mungkin dikira kecil tetapi membawa kesan yang sangat baik dan besar kepada komuniti,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah FC juara Piala SMJ 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya