HomeUtamaFelo SMJ berpeluang diserap terus sebagai kakitangan

Felo SMJ berpeluang diserap terus sebagai kakitangan

Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Peserta Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) berpeluang untuk diserap terus sebagai kakitangan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di negeri ini berdasarkan kriteria dan kualiti yang diperlukan.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Abqaree Fawwaz Abekan berkata, Felo SMJ juga akan turut dipertimbangkan untuk diberi keutamaan dalam temuduga pengambilan kakitangan baharu di kementerian atau jabatan serta agensi di Sabah.

“Sebelum ini kita ada mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) agar para peserta ini jika boleh diberikan sedikit kelonggaran dipertimbangkan untuk mendapat peluang pekerjaan.

Presiden Majlis Belia Sabah (MBS) Abqaree Fawwaz Abekan

“Bagaimanapun, kementerian mungkin mempunyai justifikasi sendiri tetapi di peringkat GLC kita percaya mereka ada sedikit kelebihan untuk mereka ditempatkan jika mereka mempunyai kriteria dan kualiti yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Felo SMJ 2.0 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Abqaree Fawwaz berkata, pelaksanaan Felo SMJ pada tahun hadapan juga dijangka akan dibahagikan kepada dua kategori melibatkan Kementerian Kerajaan Negeri dan GLC.

Katanya, inisiatif bagi menambah kategori kepada GLC itu adalah bagi membolehkan pihak berkaitan khususnya GLC lain dapat turut serta dalam program ini.

“Pada tahun ini sembilan buah GLC menyertai program ini, kita harap pada tahun hadapan bertambah kepada 20 buah GLC agar kita boleh menempatkan seramai 40 peserta di GLC terlibat.

“Bagi Felo SMJ di kementerian pula kita juga akan tingkatkan namun ianya bergantung kepada peruntukan daripada Kerajaan, jika boleh kita mahu tingkatkan kepada 30 orang berbanding 25 orang pada tahun ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dijemput hadir Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular