HomeSukanKerajaan tidak abai kepentingan akademik atlet

Kerajaan tidak abai kepentingan akademik atlet

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik para atlet khususnya di Sabah malah mahu mereka mempunyai pendidikan atau pengetahuan yang lebih baik serta berintektual.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, pembangunan sukan dan akademik atlet juga perlu seimbang demi memastikan masa depan mereka lebih terjamin apabila kebolehan bersukan selain yang ada boleh digunakan apabila memasuki alam pekerjaan.

“Selaku Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga belia dan sukan di negeri ini, saya berharap anak-anak muda Sabah akan terus gigih berusaha dan menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan sentiasa menjaga nama baik Sabah di luar sana.

“Saya juga menyeru anak-anak muda Sabah sama ada yang berada di negeri ini, mahupun yang sedang belajar atau bekerja di luar sana untuk sentiasa berhati-hati semasa bergaul.  

“Kerajaan sedar, walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak tertekan, aspek pembangunan prasarana sukan tidak boleh diketepikan kerana ini merupakan antara pelengkap penting kejayaan atlet,” katanya.

Beliau berkata dmeikian ketika berucap sempena Persidangan Industri Sukan Sabah (PISS) di sini hari ini.

Ellron berkata, era moden kini memberi semua pihak untuk terlibat secara serius di dalam teknologi dan sains sukan.

Katanya, dalam aspek kemudahan sukan di Sabah, kerajaan sentiasa berusaha menjaga prasarana sukan di negeri ini untuk memastikan semua atlet dapat berlatih dalam keadaan selesa dan selamat.

“Sejak kebelakangan ini, era moden telah membuktikan bahawa pergantungan sepenuhnya ke atas kekuatan fizikal masih belum boleh menjamin kejayaan seseorang atlet. Teknologi dan sains sukan telah muncul dalam memainkan peranan yang sangat penting untuk seseorang itu bergelar juara.

“Penggunaan teknologi dan sains sukan membolehkan atlet sukan menggunakan tenaga fizikal yang tertinggi di dalam setiap persembahan atau perlawanan. 

“Ini termasuklah latihan yang saintifik dan bersistematik menerusi penyelidikan, penggunaan data, teknik, biomekanik, peralatan latihan dan pertandingan sebenar, pemakaian, pemakanan termasuk analisa dan pengambilan zat dan `diet’ yang betul dan seimbang, sains perubatan dalam meningkatkan pencapaian sukan khususnya dalam mengesan risiko kecederaan atau penyakit yang boleh menghancurkan masa depan seseorang atlet,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Perlawanan ini sangat penting – Martin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular