HomeSukanPerbelanjaan latihan sukan dicadang diberi pelepasan cukai

Perbelanjaan latihan sukan dicadang diberi pelepasan cukai

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Perbelanjaan untuk latihan sukan selain pembelian peralatan sukan dicadang untuk diberikan pelepasan cukai individu mulai tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, kementeriannya menjadikan perkara itu sebagai satu fokus utama untuk dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pembentangan Belanjawan 2024.

“Sesi libat urus bersama Kementerian Kewangan masih berjalan dan kita menyampaikan hasrat mengenai pelepasan cukai untuk latihan sukan yang menjadi fokus kita pada tahun depan.

“Fokus kita adalah untuk memberi pelepasan cukai kepada ibu bapa atau individu yang berbelanja untuk latihan sukan dimana pada masa ini hanya pembelian peralatan sukan sahaja diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Industri Sukan Sabah (EISS) 2023 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Hannah berkata, inisiatif sedemikian secara langsung dapat mendorong rakyat di negara ini untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat.

Selain itu katanya, langkah itu juga akan dapat mendidik anak-anak untuk menyertai aktiviti sukan bermula dari usia kanak-kanak.

“Ia juga akan dapat meningkatkan lagi khidmat latihan sukan yang boleh memberi manfaat kepada atlet negara bagi menjadi jurulatih jika ramai menggunakan khidmat latihan sukan.

“Kita sedang memohon perkara ini, tapi ini adalah hasrat kita kerana kita mahu sektor industri sukan membangun bersama. Kalau rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat, kita akan kurang berbelanja di hospital untuk rawatan,” katanya.

Terdahulu, dalam ekspo yang diadakan selama dua hari itu adalah melibatkan 28 pempamer, 40 gerai pameran melibatkan 30 pemain industri daripada pelbagai segmen termasuk pelancongan sukan, kemudahan sukan, peruncitan sukan, perubatan sukan, pengurusan acara sukan dan pendidikan sukan.

Hannah berkata, dianggarkan sebanyak RM1 juta pulangan ekonomi dapat diperolehi melalui ekspo ini.

“Suka saya kongsi Laporan Akaun Satelit Sukan 2021 dari Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), industri sukan menyumbang RM14 bilion iaitu 0.9 peratus terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Nilai ini akan terus bertambah dan bergantung kepada peningkatan kegiatan sukan dan penyertaan kita semua masyarakat Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular