HomeUtamaPengguna resah, kenaikan harga beras

Pengguna resah, kenaikan harga beras

Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk menangani isu kenaikan harga beras.

Presidennya David Chan berkata faktor iklim dan keadaan ekonomi luar negara penyumbang utama kepada kenaikan harga makanan asas masa ini.

Beliau berkata isu kenaikan harga barang keperluan terus berpanjangan dan kali ini membabitkan harga beras pula.

“Apapun kerajaan perlu ada usaha lebih proaktif dalam menangani dan mengawal harga beras terutama ketika berlaku permasalahan ini. Persatuan Pengguna menggesa kerajaan agar memberi subsidi ” katanya.

“Persatuan Pengguna menerima aduan daripada orang awam mengenai kenaikan harga makanan ruji itu berlaku akibat kekurangan bekalan di pasaran disebabkan fenomena musim kemarau yang melanda negara ketika ini.

“Mekipun kerajaan telah pun menafikan akan berlaku kenaikan harga makanan ruji itu, namun kebanyakan pengguna masih bimbang ianya akan menjadi kenyataan kerana kos sara hidup yang semakin tinggi,” tegas David.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini mengenai harga beras naik.

Beliau tidak menafikan fenomena alam dan keadaan cuaca panas adalah perkara di luar kawalan manusia, namun dia berharap pihak kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik agar khabar angin mengenai kenaikan harga beras tidak akan berlaku.

“Dalam keadaan cuaca macam ini, memang tidak dinafikan ia memberi kesan yang tidak baik kepada petani, tidak wajar kepada golongan petani sekiranya padi dinaikkan harga.

Tambahnya meskipun kenaikkan harga beras hanya melibatkan beras putih import, rata-rata pengguna percaya ini tetap membebankan rakyat.

“Apa sahaja kenaikan harga barang, tetap memberi kesan kepada kenaikan harga barangan lain. Nasi adalah makanan utama kita dan kenaikan harga antara RM1 hingga RM4 agak membebankan rakyat.

“Sudah tentu dengan kenaikan harga beras ini, kos sara hidup keluarga saya juga meningkat,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya