HomeEkonomiTourism Malaysia Bersama Guardian Lancar "Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian", Tawar Hadiah Bernilai...

Tourism Malaysia Bersama Guardian Lancar “Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”, Tawar Hadiah Bernilai RM200,000

Read Time:1 Minute, 58 Second

PETALING JAYA: Tourism Malaysia hari ini melancarkan “Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”, sebuah kerjasama pintar unik bersama Guardian bagi mempromosikan pelancongan domestik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang destinasi pelancongan tempatan.

Kempen yang berlangsung selama sebulan bermula 4 September hingga 1 Oktoeber 2023 ini menawarkan hadiah bernilai sehingga RM200,000 untuk dimenangi melalui peraduan yang akan diadakan sempena kempen ini.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato’ Dr Ammar Abd Ghapar berkata, kempen promosi bersama Guardian yang tepat pada masanya ini bertujuan untuk menonjolkan keunikan budaya serta keindahan semula jadi yang terdapat di Malaysia.

Pada masa sama, beliau berkata kerjasama ini dapat membantu memperkasakan ekonomi setempat yang dimakmurkan dengan adanya pelancongan domestik.

“Memandangkan orang ramai perlu kekal sihat dan cergas semasa melancong, tiada cara yang lebih baik daripada bekerjasama dengan Guardian Malaysia yang memiliki stor di setiap destinasi pelancongan di seluruh negara.

“Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Guardian yang menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan untuk semua jenis perjalanan, seperti percutian pantai peranginan, percutian keluarga, percutian tanah tinggi dan percutian penggemar makanan,” katanya.

Sementara itu, Anna, Pengarah Komersial Malaysia & Brunei, Pengarah Jenama Sendiri Asia Tenggara Guardian, berkata waktu kempen ini diadakan iaitu pada bulan September sangat bermakna kerana ia adalah bulan sambutan Hari Malaysia.

“Ia sememangnya waktu yang baik untuk menyambut Hari Malaysia dan menunjukkan semangat cintakan tanah air dengan berkunjung ke lokasi-lokasi menarik yang terdapat di Malaysia pada musim cuti.

“Di samping menikmati juadah dan kudapan yang lazat, pada masa yang sama kita membantu menaikkan ekonomi tempatan. Lebih ramai orang melancong di dalam negara, lebih banyak mereka akan berbelanja dan membantu penduduk setempat,” jelas Anna.

Sehubungan dengan itu, Anna turut berkongsi bahawa Guardian akan bekerjasama dengan beberapa pempengaruh media sosial yang akan turut terlibat dalam penghasilan kandungan untuk mempromosikan kempen pelancongan domestik ini.

Bersempena dengan kempen “Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian”, Guardian akan mengadakan peraduan seluruh negara, dimana pelanggan Guardian yang berbelanja sebanyak RM20 dan ke atas dalam satu resit akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah percutian, kesihatan dan kecantikan bernilai sehingga RM200,000.

Hadiah utama merupakan sebuah Basikal Brompton C-Line, Basikal Lipat Keluli Klasik, baucar pelancongan domestik bernilai RM12,000, Sunway Camp Out 2Hari1Malam dan pas masuk Sunway Lagoon, bagasi Samsonite dan banyak lagi hadiah menarik yang lain.

Orang ramai boleh melayari laman web berikut https://campaign2023.guardian.com.my/ untuk mengetahui info lanjut dan menyertai peraduan tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular