HomeUtamaKembara Kenali Borneo : Bantu proses pembangunan Sabah - Hajiji

Kembara Kenali Borneo : Bantu proses pembangunan Sabah – Hajiji

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Sabah yang berakhir semalam diyakini dapat membantu mempercepat pembangunan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kembara yang bermula di Tawau pada 3 September lalu itu juga turut disifatkan sebagai satu lawatan yang berharga dan bermakna buat rakyat di Sabah.

“Kita cukup teruja dan gembira dengan lawatan Seri Paduka Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Sabah.  Beliau nyatakan begitu tersentih hati dapat melalui kembara daripada Tawau sehinggalah selesai di Sipitang semalam.

“Yang di-Pertuan Agong juga begitu senang hati kerana dapat bertemu rakyat selain beberapa perkara telah dikemukakan kepada beliau dan akan dibawa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di sini petang tadi.

Hajiji berkata, beliau juga gembira kerana buat pertama kalinya seorang Raja membuat satu kembara yang dpaat menawan hari rakyat di negeri ini.

Terdahulu, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berkenan menyertai Kembara Kenali Borneo untuk mendekati penduduk di Sabah dan Sarawak, melibatkan pengembaraan jarak sejauh 2,154 kilometer dengan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.

Turut berangkat mengikuti program Kembara Kenali Borneo ialah paduka anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pembinaan Empangan Kaiduan, Papar perlu dilaksana segera atasi masalah bekalan air...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya