HomeUtamaSelawat, kompang iring Agong ke sempadan Sindumin-Merapok

Selawat, kompang iring Agong ke sempadan Sindumin-Merapok

Read Time:1 Minute, 9 Second

Sipitang: Selawat dan paluan kompang oleh 31 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sindumin serta laungan ‘Daulat Tuanku’ mengiringi perjalanan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatan Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Pos Imigresen Sindumin-Merapok semalam.

Rombongan Seri Paduka Baginda itu mengakhiri perjalanan Kembara Kenali Borneo di Sabah yang bermula Ahad lalu, di Masjid Sahabat Sindumin malam tadi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 6.00 petang disambut Yang di-Pertuan Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Toh Puan Noridah RM Jasni, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah, Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap ADUN Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob dan isteri masing-masing.

Sejurus tiba, Al-Sultan Abdullah menandatangani plak khas Kembara Kenali Borneo sebagai simbolik lokasi persinggahan terakhir kembara Tuanku berdua di negeri Sabah.

Pada majlis yang sama, Al-Sultan Abdullah turut menerima cenderamata berupa replika parang daripada suku etnik yang mendiami daerah Sipitang daripada Matbali dan Yusof.

Sebelum meneruskan pengembaraan ke Sarawak, Yang di-Pertuan Agong menyampaikan sumbangan kepada 100 orang golongan asnaf dan orang kurang upaya (OKU) sekitar daerah tersebut.

Turut diadakan, bacaan doa keberangkatan yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @Aziz Jaafar.

Rombongan Kembara Kenali Borneo Edisi Sarawak akan melalui perjalanan sejauh 1,198km dari Lawas hingga ke 0.0km Telok Melano, Kuching Sarawak.

RELATED ARTICLES
Utama

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular