HomeIsu tempatanProgram Eksekutif Muda Siri ke-4, platform perkongsian informasi kalangan pegawai muda -...

Program Eksekutif Muda Siri ke-4, platform perkongsian informasi kalangan pegawai muda – Ahmad Shukri

Read Time:2 Minute, 13 Second

KUNDASANG: Program Eksekutif Muda Siri ke-4 (ProEM) merupakan platform perkongsian informasi dalam kalangan pegawai muda mengenai kemahiran kepimpinan, tata kelola pengurusan pentadbiran yang efektif serta jati diri sebagai warganegara Malaysia.

Program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah serta Pejabat Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah itu telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September 2023 di Kem Wawasan Negara, Kundasang.

Ketua Penolong Pengarah, Kluster Kepimpinan, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), KBS, Ahmad Shukri Adnan berkata, program anjuran  i-LEAD tersebut memberi fokus kepada  kepemimpinan dan pembentukan watak serta jati diri dalam kalangan pemimpin muda.

Ahmad Shukri Adnan

“Antara elemen utama yang diterapkan ialah kepemimpinan berkonsepkan Leading Self, Leading People dan Leading Organisation sebagai seorang pemimpin.

“Melalui program ini juga kita berharap dapat membina jati diri, keberanian, nilai hormat, integriti dan keterampilan kepemimpinan dalam diri para peserta.

“Program ini juga merupakan platform perkongsian informasi dalam kalangan pegawai muda  mengenai kemahiran kepimpinan, tata kelola pengurusan pentadbiran yang efektif serta jati diri sebagai warganegara Malaysia.

“Kami berharap kerjasama erat daripada pihak Kerajaan Negeri dan juga pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah ini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Shukri berkata, program berkenaan akan diteruskan pada tahun hadapan dan berharap lebih banyak penyertaan dalam kalangan pegawai dan eksekutif muda Kerajaan Negeri dan Persekutuan, agensi swasta dan korporat serta badan berkanun.

Sementara itu, salah seorang peserta, Juinah Lipat berkata, program berkenaan sangat memberi manfaat kepadanya.

Juinah Lipat

“Sepanjang dalam kursus ini saya dapat  banyak maklumat baharu serta secara tidak langsung dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam diri untuk meningkatkan kualiti pengurusan organisasi.

“Program ini juga dilaksanakan dengan pendekatan modul yang interaktif dan urusetia yang cukup mesra.

“Saya berharap lebih banyak program seumpamanya dianjurkan agar dapat  meningkatkan kualiti penjawat awam,”ujar Juinah yang juga merupakan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, Jabatan Pembangunan Perindustrian Dan Penyelidikan (DIDR) Sabah itu.

Dalam pada itu, bagi Pegawai Kawalan Trafik Udara, Pihak Berkuasa Penerangan Awam Malaysia, Mohd Rhedwan Salinri, 38, berkata, dia teruja menyertai program berkenaan.

Mohd Rhedwan Salinri

“Penyertaan ke program ini membuka peluang kepada saya untuk berkenalan dan mengeratkan jaringan hubungan dengan penjawat awam dari agensi lain.

“Dalam pada yang sama melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan harian di pejabat.

“Saya berharap lebih ramai penjawat awam mengambil peluang untuk  menghadiri program ini pada masa akan datang,” kongsinya.

Program tersebut disertai oleh 70 peserta daripada pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sabah. – PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular