HomeUtamaKerajaan diminta meneliti sistem governans bekalan elektrik di Sabah

Kerajaan diminta meneliti sistem governans bekalan elektrik di Sabah

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kuala Lumpur: Kerajaan diminta untuk mengadakan perbincangan dan membuat penelitian bagi memastikan sistem governans bekalan elektrik dalam keadaan terbaik apabila syarikat utiliti bekalan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diserahkan kepada kerajaan negeri tahun depan.

Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, ia bagi memastikan urus tadbir bekalan itu dapat dilaksanakan dengan baik dari segi penjanaan (generation), penghantaran (transmission) dan pengagihan (distribution).

“Di Sarawak, ekosistem governannya sudah mantap. Ada syarikat utiliti iaitu Sarawak Energy Berhad (SEB), kemudian pengawal selia pelaksana (regulator) iaitu Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak,  serta pembuatan dasar iaitu Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak.

“Di Sabah, syarikat utiliti ialah SESB dan regulator adalah Suruhanjaya Tenaga Sabah (EcoS).  Tapi dari segi pembuat dasarnya masih belum jelas. 

“Mungkin akan ada kementerian baharu, tetapi saya mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar perkara ini dibincangkan dengan teliti supaya apabila tata kelola bekalan elektrik diserahkan kepada Sabah pada tahun hadapan, maka the governance ecosystem is in place,” katanya.

Madius yang juga Pengerusi SESB berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat di sini semalam.

Katanya, hal-hal governans bekalan elektrik perlu dititkberatkan untuk mengelakkan sebarang kesilapan tadbir urus (mis-management) seiring dengan penekanan yang terkandung dalam KSP RMK12.

“Sebab kita di Sabah tidak mempunyai masa yang banyak. We don’t have the luxury of time. 

“Sehubungan dengan itu, kita perlu mengurus tadbir bekalan elektrik ini dengan baik dari segi penjanaan, tranmission dan distribution, dan pada masa yang sama mengambil kira hal kemampanan iaitu memenuhi keperluan dasar kerajaan yang telah dilancarkan di persekutuan iaitu mencapai ‘Net-zero Emissions’ menjelang tahun 2050,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Empat perkara berkaitan MA63 belum memperoleh sebarang persetujuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular