HomeUtamaKonsep perpaduan perlu terus dipupuk di peringkat sekolah

Konsep perpaduan perlu terus dipupuk di peringkat sekolah

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Kembara Malaysia Madani sempena sambutan Bulan Kebangsaan mampu memupuk semangat perpaduan dan kesatuan yang kuat khususnya dalam kalangan komuniti dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Focal Person Kebangsaan Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah, Mohammad Ariff Tun Sakaran berkata, konsep perpaduan yang sedia terjalin itu juga perlu diwujudkan dan dipupuk di peringkat sekolah.

“Pada hari ini kita telah mengadakan Kembara Malaysia Madani PIBKS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Gaya dan kita lihat perpaduan yang sedia ada dikalangan rakyat ini perlu diteruskan dan dipupuk dikalangan pelajar sekolah.

“Walaupun SMK Pulau Gaya ini dikategorikan dalam sekolah luar bandar tetapi kita tidak juga ketepikan sekolah-sekolah di luar bandar untuk menikmati seperti mana sekolah di bandar rasai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penutupan Bulan Kebangsaan  peringkat SMK Pulau Gaya di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Suhaimi Matshah.

Terdahulu, sebanyak 10 buah bot ‘berkonvoi’ daripada Jeti Jesselton Point ke beberapa buah stesen yang mewakili setiap kampung di Pulau Gaya bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia di pulau berkenaan.

Suhaimi berkata, perarakan itu telah mengunjungi lebih kurang empat buah kampung untuk mengedarkan dan menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada komunti di pulau berkenaan.

Katanya, menerusi kembara itu, beliau melihat potensi besar pulau berkenaan dapat dimajukan seterusnya diangkat menjadi salah satu kawasan pelancongan.

Menurutnya, kerjasama dan kesatuan yang ditunjukkan oleh komuniti pulau juga dilihat cukup baik.

“Saya melihat kembara di sini mempunyai potensi untuk kita maju dan angkat sebagai salah satu tempat pelancongan yang saya Nampak ada keunikan khususnya di SMK Pulau Gaya.

“Saya lihat juga warga di pulau ini sendiri sangat menyokong dan kerjasama diantara komuniti dengan pihak sekolah sangat hebat dan kita dapat lihat dalam penganjuran majlis-majlis seperti ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KBS diminta untuk terus fokus kepada pembangunan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular