HomeEkonomiProgram Sekolah Keusahawanan diharap dapat dilaksana tahun depan

Program Sekolah Keusahawanan diharap dapat dilaksana tahun depan

Read Time:1 Minute, 33 Second

Putatan: Cadangan bagi mewujudkan Program Sekolah Keusahawanan antara cadangan yang diterima dalam Dialog Belanjawan 2024 bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, perkara itu telahpun dibincangkan secara lisan dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan berharap ia dapat dilaksanakan tahun depan.

“Saya menerima baik cadangan itu dan telah berbincang secara lisan dengan Menteri Pendidikan dan beliau amat mengalu-alukannya.

“Di peringkat kementerian, saya juga meminta satu perbincangan khusus diadakan melibatkan kementerian, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMA), Angkasa dan Kementerian Pendidikan untuk membincangkan bagaimana menjayakan program-program pembangunan keusahawanan sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Koperasi Sekolah, Koperasi SMK Tansau Berhad, di sekolah itu, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, pengwujudan program sekolah keusahawanan penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan muda berjaya di negara ini.

“Kementerian dan agensi-agensi di bawah kementerian mempunyai pelbagai skim pembiayaan sedia ada seperti geran usahawan muda dan Program Protege khusus untuk golongan siswazah.

“Pada pandangan saya, cadangan mewujudkan program sekolah keusahawanan ini wajar sebagai persediaan awal para pelajar berkecimpung dalam bidang perniagaan seterusnya melahirkan usahawan muda yang berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata, pendedahan awal para pelajar mengenai keusahawanan amat penting bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang itu sebagai bekalan asas membina perniagaan selepas menamatkan pengajian.

“Setelah menamatkan pengajian, mereka boleh membina perniagaan atau menubuhkan syarikat sendiri dan tidak bergantung sepenuhnya kepada pekerjaan  “makan gaji” semata-mata.

“Dengan adanya perniagaan sendiri, mereka boleh menyediakan peluang pejerjaan kepada rakan-rakan graduan yang lain,” katanya.

Pada majlis itu Ewon bersetuju meluluskan permohonan Koperasi SMK Tansau sebanyak RM50,000 bagi membantu meningkatkan prestasi jualan koperasi itu.

Sebelum ini beliau turut menyampaikan sumbangan yang sama kepada empat koperasi sekolah di SMK Datuk Peter Mojuntin, SMK Limbanak, SMK Bahang dan SM St.Micheal Penampang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bantuan dana YPT tersedia untuk pelajar Tongod lanjut pengajian tinggi –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular